PENGASAS dan pemilik IKEA, Ingvar Kamprad mempunyai aset bernilai lebih AS$40 billion (RM163.4 billion).
Pendek kata, dia mampu membeli apa sahaja yang diingininya.
Namun, jutawan itu mendedahkan tabiatnya membeli pakaian terpakai dalam satu dokumentari terbitan stesen televisyen Sweden.
“Saya rasa saya tidak pernah memakai pakaian yang tidak dibeli di pasar lambak. Saya mahu tunjukkan contoh yang baik,” jelasnya kepada saluran TV4 Sweden.
Tabiat berjimat-cermat yang diamalkan oleh Ingvar menyumbang kepada kejayaan IKEA untuk menjadi salah satu jenama paling dikenali di dunia.
Penjimatannya tidak terhenti pada pakaian. Ingvar juga menjelaskan dia akan cuba mendapatkan harga termurah untuk menggunting rambut.
“Saya biasanya akan memotong rambut ketika saya berada di negara membangun. Kali terakhir di Vietnam,” tambahnya.
Ingvar Kamprad kini menetap di Sweden dan menyerahkan kebanyakan urusan IKEA kepada tiga anaknya yang mewarisi perniagaan.
IKEA diasaskan oleh Ingvar Kamprad kira-kira 73 tahun yang lalu dan kini mempunyai 381 cawangan di seluruh dunia.
Jenama IKEA merupakan akronim bagi Ingvar Kamprad Elmtaryd (nama ladang tempat Ingvar membesar) Agunnaryd (tempat kelahiran Ingvar di selatan Sweden).
Agensi
Fri Mar 11 2016
Ingvar Kamprad (gambar) kini menetap di Sweden dan menyerahkan kebanyakan urusan IKEA kepada tiga orang anaknya yang mewarisi perniagaan. - Foto AFP/Fabrice Coffrini
Sistem terbaharu MetMalaysia mampu ramal risiko bencana 14 hari lebih awal - Nik Nazmi
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) kini menggunakan Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi bagi melakukan ramalan cuaca di negara ini.
Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.
MITI sedia kukuhkan rantaian bekalan global melalui ekonomi ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia sedang berusaha untuk menyelaraskan dirinya dengan visi rantau itu yang lebih besar dalam menarik pelaburan yang tepat ke Asia Tenggara.
Persiapan jentera luar biasa - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam memastikan penyelarasan dari pelbagai aspek dilaksankan lebih awal.
JPS, TNB wujudkan bilik gerakan pantau banjir, bekalan elektrik terputus
Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) mewujudkan 'war room' bagi memantau keadaan banjir di seluruh negara, selain merangka tindakan penyelesaian segera.
MTL: APMM Kelantan gerakkan pasukan rondaan pesisir pantai
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menggerakkan pasukan rondaan pesisir pantai bagi melaksanakan Program Pencegahan Carilamat setiap hari pada musim Monsun Timur Laut.
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika cuci bot
Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika mencuci bot bersama anaknya dalam kejadian di kawasan sungai Kampung Sri Ganda pada Ahad.
Banjir: Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim masih ditutup
Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR) masih ditutup akibat banjir.
#AWANIRingkas 2 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 2 Disember 2024
1️⃣ Jangkaan hujan berterusan 8 - 14 Disember
2️⃣ Malaysia cabar sistem pinggirkan negara membangun
3️⃣ 1,733 guru akan diambil di Sarawak
#awaniringkas
1️⃣ Jangkaan hujan berterusan 8 - 14 Disember
2️⃣ Malaysia cabar sistem pinggirkan negara membangun
3️⃣ 1,733 guru akan diambil di Sarawak
#awaniringkas
Anggota tentera lemas, seorang masih hilang di Hutan Royal Belum
Seorang anggota tentera ditemui lemas manakala seorang lagi masih hilang ketika mereka menjalankan tugas gerakan Operasi Kota Echo / Foxtrot di kawasan Hutan Royal Belum.
Jutawan IKEA Ingvar Kamprad cukup berjimat, hanya beli baju di pasar lambak
Ingvar Kamprad mendedahkan tabiatnya membeli pakaian di pasar lambak melalui satu dokumentari terbitan saluran TV4 Sweden.