Ujang, atau nama sebenarnya Ibrahim Anon, memberitahu Astro AWANI, dia kini sedang dalam perancangan untuk bergabung dengan beberapa kartunis terkenal demi memastikan legasi majalah humor terbitan syarikat tersebut diteruskan.
Ujang bersama Jaafar Taib, peneraju Creative Enterprise Sdn Bhd yang juga merupakan penerbit majalah Gila-Gila. -Foto Facebook Ujang
Kata Ujang, mereka akan menggunakan platform majalah Gila-Gila untuk terus aktif berkarya.
"Gila-Gila akan menjadi platform untuk kartunis terus berkarya dan kami akan menjadikan ini sebagai satu landasan untuk mengukuhkan lagi jenama Gila-Gila," katanya.
Berhubung isu hak cipta dan paten majalah itu, Ujang berkata dia perlu berbincang dengan peguamnya terlebih dahulu untuk mengetahui status isu berkenaan.
MOY Publication ialah antara syarikat terkemuka negara yang berjaya menempa nama dalam industri komik dan majalah humor sejak tahun 1993.
Selain majalah "Ujang", ia turut menerbitkan majalah "APO."