Keluarga pengantin lelaki dan perempuan yang mahu mendirikan rumah tangga perlu bermesyuarat dan mencapai kata sepakat terlebih dahulu sebelum melangsungkan majlis.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ia bagi mengelak tercetusnya pergaduhan antara dua pihak apabila ada yang tidak puas hati terutama berkaitan isu mas kahwin mahupun hantaran.
"Kita kena faham bahawa hantaran itu adat, (manakala) mas kahwin itu adalah ibadat dan jika digabungkan hantaran dengan mas kahwin itu (juga) boleh jadi ibadat... jadi kalau ibadat kenapa perlu bergaduh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis graduasi kelas al-Quran Braille yang dirasmikan Tengku Temenggung Kelantan Datuk Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai insiden pergaduhan antara keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang tercetus di sebuah masjid di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Sabtu lepas.
Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata insiden berkenaan sekali gus memberi persepsi buruk kepada masyarakat bukan Islam terhadap umat Islam yang dilihat tidak boleh bertoleransi dalam hal berkaitan perkahwinan.
"Kita disaran supaya dapat memperlihatkan keindahan Islam (tetapi) akhirnya orang (bukan Islam) akan nampak Islam buruk," katanya.
Terdahulu, sebanyak 37 peserta yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan menerima Sijil Graduasi Kelas dan Anugerah Peserta Terbaik yang dikurniakan oleh Tengku Muhammad Rizam.
Penerima Anugerah Peserta Terbaik, Rahimi Abd Rahman, 46, dari Kampung Jakar, Machang berkata minat yang mendalam untuk mempelajari dan membaca al-Quran menjadi pembakar semangatnya untuk mengikuti kelas membaca al-Quran dalam Braille.
"Rasa gembira apabila dapat bersama dengan peserta lain dalam mempelajari al-Quran Braille mengikut teknik dan cara yang betul selain dapat menghafaz surah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian," katanya.
BACA: Ditumbuk kerana gagal sedia hantaran: 'Melayu terlalu agungkan adat'
Bernama
Thu Mar 31 2016

MOHAMAD SHUKRI: Insiden berkenaan sekali gus memberi persepsi buruk kepada masyarakat bukan Islam terhadap umat Islam.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Keluarga pengantin perlu sepakat sebelum majlis - Mufti Kelantan
Ia bagi mengelak tercetusnya pergaduhan antara dua pihak apabila ada yang tidak puas hati terutama berkaitan isu mas kahwin mahupun hantaran.