"Saya nak lihat Kuala Pilah ini kembali meriah macam zaman 70-an dulu,” ujar anak muda kelahiran daerah itu, Khiddir Baharudin.

Berusia 28 tahun, Khiddir atau lebih mesra disapa sebagai Kide menceritakan, dia menterjemahkan hebatnya Kuala Pilah suatu masa dahulu menerusi lukisannya.

Gambaran itu hasil penceritaan ibu bapanya yang melalui era kegemilan Kuala Pilah pada ketika itu.

“Saya banyak tanya ibu dan ayah saya, macam mana kehidupan pada waktu itu.

"Saya minat benda-benda klasik ini, vintage, sebab tu saya tertarik dengan kehidupan pada era 60, 70-an.

"Dari situlah Mak cerita semua.

"Tahun 60-an tu meriah sangat tak macam sekarang. Jadi saya nak gambarkan balik keadaan itu," ujarnya.

Kata Kide, lukisannya turut dipengaruhi karya pelukis terkenal, Datuk Lat yang mendorongnya mendalami kedaan zaman pada ketika itu selain turut dipengaruhi oleh filem-filem Tan Sri P.Ramlee.

Hasil semua penceritaan itu, Kide menghasilkan empat lukisan yang menggambarkan pekan Kuala Pilah termasuk kedai kopitiam yang cukup terkenal di pekan Pilah – Kedai Makanan dan Minuman Sinaran serta meriahnya suasana malam pada ketika itu.

#paintingprocess

A post shared by Kide Baharudin (@kidebaharudin) on


“Dengan tema sebegitu memang saya nak tunjuk kepada generasi saya yang tidak hidup pada zaman tu betapa meriahnya Kuala Pilah dulu. Tidak macam sekarang.

"Kehidupan sekarang banyak sudah bekerja kat luar, dulu ramai di kampung,” katanya lagi.

BACA: Legasi Hailam Kopitiam, ke mana selepas ini?

BACA: 'Apo ado kek' Kuala Pilah?

BACA: Istimewa di Kuala Pilah - masak lemak cili api, daging salai


Meskipun lukisannya menggambarkan kehidupan era 60 dan 70-an, namun Kide menghasilkan lukisan yang kontemporari mengikut pasaran semasa.

Thanks #astroawani for the cover with @nisakasnoon @tanjakfansuri @pilahkontenastay

A post shared by Kide Baharudin (@kidebaharudin) on


Tambahnya dengan peninggalan sejarah yang banyak dan tidak didendangkan, dia mahu Kuala Pilah diangkat seperti bandar-bandar bersejarah lain, antaranya George Town dan Melaka.

“Kalau berpeluang untuk buat mural di dinding, buat satu galeri untuk Kuala Pilah.

"Saya dah ada studio di Kuala Pilah, itu pun dah membantu naikkan pelancongan di Kuala Pilah sendiri, bila saya ada studio, ada orang luar macam pengumpul nak beli hasil lukisan saya mereka datang sendiri ke studio di Kuala Pilah ini.

Kide, 28, anak jati Kuala Pilah yang punyai bakat luar biasa, mahu pekan kecil Kuala Pilah menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja dari luar negara, malah pelancong domestik khususnya golongan belia bagi melihat keindahan Kuala Pilah sendiri. Foto: NisaKasnoon/AWANI

"Mereka boleh hayati sendiri. Saya buat lukisan tentang Kuala Pilah, jadi mereka boleh lihat sendiri pekan Kuala Pilah ini,” tambahnya lagi.

VIDEO: Mini Newsroom AWANI labuh tirai di Kuala Pilah

BACA: Lemang sushi yang unik, hanya di Kuala Pilah

BACA: Emas murah di Kuala Pilah, berbaloi datang dari jauh


Selain bekerjasama dengan galeri seni di Publika, Kide juga merupakan finalis yang mewakili Malaysia dalam pertandingan Vans Asia Custom Culture 2017 bersama lima lagi finalis dari China, Hong Kong, India, Singapura dan Korea Selatan.