TEMPAT kerja yang selamat dan sihat iaitu bebas dari risiko kemalangan dan penyakit pekerjaan adalah menjadi idaman semua pihak yang terlibat, samada kerajaan, majikan, mahupun pekerja.
Mana-mana pekerja akan berasa aman dan selesa untuk bekerja di sesebuah organisasi yang majikannya sentiasa menitik beratkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).
Dalam masa yang sama, kadar kemalangan industri yang rendah juga memberikan imej yang baik untuk negara, sekaligus menarik minat industri asing untuk melabur dalam negara.
Majikan yang mengabaikan aspek KKP, serta gagal membuat analisis risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan akan meningkatkan risiko kemalangan di tempat kerja.
Menurut statistik, kemalangan di tempat kerja di Malaysia yang dilaporkan pada tahun 2017 adalah 42,513 kes iaitu bersamaan 116 kes setiap hari. Manakala kemalangan maut pula ialah 711 kes iaitu bersamaan 2 kes setiap hari.
Kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengeluarkan sebanyak RM 3.27 bilion bagi tujuan bayaran pampasan kepada mangsa yang terlibat.
Hal ini membuktikan bahawa setiap kemalangan yang berlaku melibatkan kos yang tinggi dan seterusnya merugikan pihak yang terjejas, samada secara langsung mahu pun tidak langsung.
Justeru itu, dalam usaha menjadikan tempat kerja selamat, sihat dan bebas dari kemalangan dan penyakit, kerajaan telah meluluskan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (DKKPN) serta ditandatangani Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 15 Januari lalu.
DKKPN yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 27 Februari menetapkan 9 komitmen kerajaan yang bertujuan meningkatkan tahap KKP di negara ini.
Usaha ini adalah selaras dengan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (OSHMP 2020) dalam memberi tumpuan penerapan nilai budaya pencegahan (preventive culture) bagi memperkukuhkan lagi pembentukan “Budaya Kerja Sihat dan Selamat” di kalangan majikan dan pekerja.
Malahan, sudah tiba masanya penerapan budaya selamat (safety culture) dimulakan di peringkat lebih awal seperti di peringkat pra sekolah dan bukan semata-mata di tempat kerja.
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah tanggungjawab semua. Untuk itu, semua pihak sama ada pekerja, majikan, badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan perlu bersama-sama memainkan peranan dalam menjalankan program dan aktiviti yang menyumbang ke arah pengurangan kemalangan dan penyakit pekerjaan.
*Mohd Soffian Osman merupakan Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn Bhd.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Ts Mohd Soffian Osman
Sat Mar 09 2019
Kegagalan membuat analisis risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan akan meningkatkan risiko kemalangan di tempat kerja. - Gambar Hiasan
Ketua Menteri Pulau Pinang bercuti mulai hari ini hingga 6 Dis
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan bercuti ke China mulai hari ini hingga 6 Dis.
AWANI Ringkas: Cadangan tidak dirujuk kepada Canselor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Vietnam lulus projek kereta api berkelajuan tinggi AS$67 bilion
Vietnam meluluskan projek kereta api berkelajuan tinggi merentasi negara dengan kos dianggarkan berjumlah AS$67 bilion.
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dibentang di Parlimen Isnin ini - Fahmi
Pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) akan dibentangkan di Parlimen Isnin ini.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Sebelum tukar nama, fahami sejarah dulu - Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah agar pihak yang mencadangkan perubahan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) memahami dan meneliti sejarah sebelum membuat sebarang keputusan. Baginda mengingatkan bahawa nama UPM diambil sempena Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, sebagai penghormatan kepada pemimpin ulung negara. #AWANInews
Banjir: Petugas Molly Cat Castle enggan tinggalkan 140 kucing, rela jamah nasi kosong
Nur Emillia dan pekerjanya terpaksa mencatu makanan kucing bagi memastikan kelangsungan hidup haiwan peliharaan itu sementara menantikan bantuan tiba.
PETRA anjur sesi libat urus pertama bersama media, fahami peranan
Fadillah berkata sesi bersama pengurusan tertinggi dan pegawai PETRA adalah julung kali dianjurkan sejak kementerian itu diwujudkan.
Banjir memburuk, cecah 123,729 mangsa seluruh negara
Banjir di sembilan negeri seluruh negara bertambah buruk dengan bilangan mangsa sudah mencecah 123,729 orang.
Mangsa banjir meningkat 10,000 dalam tempoh dua jam, kini cecah 130,957
Kelantan dan Terengganu masih mencatatkan jumlah tertinggi manakala lima lagi negeri, Kedah, Selangor, Perlis, Negeri Sembilan dan Johor turut menunjukkan peningkatan ketara.
COVID-19: Tutup sekolah tujuh hari jika ada kes positif - KPM
Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19.
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan, tanggungjawab siapa?
Pekerja akan berasa aman dan selesa untuk bekerja di sesebuah organisasi yang majikannya sentiasa menitik beratkan aspek KKP.