Memang tidak dapat dinafikan, ada di kalangan pereka fesyen yang terlebih berani dengan menampilkan koleksi pakaian ala hipster sehingga boleh mengundang kritikan orang ramai.
Baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan pelancaran 'Jubah Pahlawan' oleh Farbel Exclusive yang dikatakan direka mengikut ‘trend’ terkini.
Koleksi pakaian tersebut dikongsi oleh Rizal Hakimm menerusi laman Facebooknya, pagi semalam.
Pengenalan 'Jubah Pahlawan' itu dibuat dengan menampilkan beberapa jejaka-jejaka berbadan tegap atau lebih dikenali dengan panggilan "abang sado".
Rekaan moden inspirasi Jepun itu dilancarkan dengan aneka warna, antaranya ialah merah jambu, biru dan kuning.
Susulan itu, pelbagai reaksi membanjiri media sosial berkenaan koleksi pakaian tersebut.
Rata-rata pengguna media sosial mengkritik rekaan jubah tersebut dengan menyifatkan ia berkelihatan ‘pelik’.
Antara komen yang ditujukan ialah jubah tersebut berkelihatan sebagai pakaian ibu bersalin, sebagai jubah golongan wanita dan jubah pakar perubatan.
Ada juga menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka di media sosial.
Bagaimanapun, ada netizen yang berkata pakaian itu amat menarik dan berbeza.
Kredit Gambar: Facebook Rizal Hakimm
Kredit Gambar: Facebook Rizal Hakimm
Kredit Gambar: Facebook Rizal Hakimm
Bagaimanapun, ada netizen yang berkata pakaian itu terlalu menarik dan berbeza.
Jubah tersebut ditawarkan dalam pelbagai saiz bermula dari saiz S sehingga XXXL dengan harga pengenalan iaitu pada RM199.