Beberapa hari lalu, kisah seorang peniaga yang menjual kuih donut dengan harga RM 0.10 sebiji viral di laman sosial.
Menurut maklumat yang diperolehi menerusi beberapa buah portal, lelaki berkenaan yang merupakan seorang mualaf, baharu sahaja seminggu membuka perniagaan menjual donut di kawasan kediamannya iaitu di Flat Maluri, Cheras.
Ia disifatkan ramai sebagai luar biasa kerana harga kuih donut di pasaran buat masa ini adalah sekitar RM 0.40 dan RM 0.50 sebiji.
Kisahnya yang viral itu nyata menjadi rezeki buat lelaki dengan nama Muhammad Waliuddin Chia ini.
Sememangnya, kuasa dan pengaruh besar yang dibawa media sosial bukan calang-calang. Ini terbukti apabila bilangan donut jualan Waliuddin naik dengan mendadak.
Jika sebelum ini dia hanya menjual kira-kira 100 biiji donut, kini dia perlu menyiapkan kira-kira 1,500 donut setiap hari.
Lebih menarik, 'saham' tuan punya badan juga mula naik apabila ramai yang menawarkan diri mahu menjadi pasangannya.
Laporan Harian Metro menyebut Waliuddin memperolehi keuntungan sekitar RM40 sehari.
Difahamkan, EXCO Pemuda UMNO Malaysia telah menyampaikan bantuan dalam bentuk peralatan memasak kepada Waliuddin bagi membolehkan dia meneruskan perniagaan.
Madiha Abdullah
Tue Dec 08 2015
Pengaruh media sosial membuatkan bilangan donut jualan Waliuddin naik mendadak.Foto/Facebook
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Namanya seram ya ampun, namun rasanya lima bintang!
Lupakan namanya. Ingat rasanya. Lima nama kuih dari Kelantan ini amat seram dan menggerunkan, tetapi rasa kesemua kuih ini cukup memikat hati, cukup dari segi lemak, manis dan gebu apabila dimakan
'Riverside Cafe On The Go' kini tampil lebih santai
Mengambil kira cara hidup masa kini yang sentiasa bergerak pantas, kafe tersebut menawarkan pelbagai sajian mudah dan ringkas yang sedia dimakan.
Jual 'Cucuq Sekupang' bantu orang susah
Roslina Saad, 51, dan suami Zulkifli Abdul Razak, 52, tekad untuk menjual kuih dengan harga sekupang (10 sen).
Masyarakat bukan Islam Sarawak juga rindu bazar Ramadan
Kerajaan negeri pada 23 April menetapkan peniaga makanan di Sarawak yang ingin beroperasi sepanjang Ramadan hanya dibenarkan untuk berbuat demikian secara dalam talian melalui e-bazar.
'Cucur Sekupang' ubah kehidupan suami isteri
Nurul Syafini dan suaminya mula menjual pelbagai jenis cucur dan kuih-muih bersaiz mini di Jalan Keranji, sejak dua bulan lalu.
Kuasa media sosial: Penjual donut 10 sen jadi 'buruan'
Bukan sahaja donut yang dijual, malah si penjualnya juga mula jadi 'rebutan' ramai.