Setiap pasangan yang berkahwin, pasti ada bermacam-macam cara dan gelagat sebagai mengingati hari bersejarah mereka.
Ada yang berpakaian ala adiwira, berarak menggunakan kenderaan khas dan juga berarak menggunakan motosikal berkuasa tinggi.
Berbeza dengan pasangan Nadia Rahmat dan Aiman Amir, mereka mahu meraikan hari berbahagia mereka bersama pelarian Syria.
"Kami telah berada di sini sejak Disember, selepas sebulan bernikah, bagi mengetuai misi Musim Sejuk yang dibahagikan kepada tiga fasa.
"Niat dan idea ini diajukan oleh Aiman, sebelum kami bernikah lagi, dan disambut baik oleh semua.
"Maka kami memilih untuk melakukan majlis ini pada fasa ketiga misi musim sejuk yang turut disertai ahli keluarga kedua-dua belah pihak," kata Nadia Rahmat, sukarelawan Malaysia Life Line for Syria yang dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Katanya, Gaziantep, Turki dipilih kerana lokasi itu memberi seribu satu kenangan buatnya bersama suami yang sering berurusan dengan membantu pelarian dan mereka merasakan tiba masanya meraikan hari bahagia bersama pelarian Syria yang berlindung di sana.
"Perancangan awal adalah untuk melakukan majlis di Kilis, iaitu pintu sempadan Turki-Syria, tetapi keadaan di Kilis agak tegang akibat pelancaran serangan tentera Turki ke atas puak Kurdish di Afrin yang membuat kami mengambil keputusan untuk menukar lokasi atas faktor keselamatan," jelasnya yang menjadi wanita pertama memimpin misi bantuan ke Syria.
Bagi Nadia, kesulitan hidup yang melanda rakyat Syria sentiasa dekat di hati malah sentiasa memberi kesan yang mendalam di setiap urusan kehidupan.
"Kami cuba sampaikan rasa gembira kami dengan meraikan majlis bersama-sama dengan pelarian Syria.
"Aiman telah membantu pelarian sejak tahun 2013 melalui tugasnya sebagai jurufoto dan operasi lapangan, manakala saya sejak 2016, maka ianya memberi kesan yang mendalam pada hati-hati kami.
"Kami rasa perlu untuk kami kongsikan kegembiraan kami, dengan menjamu mereka, disamping membantu mengurangkan tekanan hidup mereka sebagai pelarian di negara orang," jelasnya lagi.
Biarpun tidak semua ahli keluarga dapat berkumpul pada majlis kali ini, bagi mereka cukuplah sekadar wakil keluarga iaitu adik dan sepupu serta ayah mertuanya ada bersama mereka meraikan hari yang berbahagia ini.
"Selain dapat mengikuti dan memahami akan kerjaya kami membantu pelarian Syria di sempadan.
"Mereka dapat lihat sendiri akan kesengsaraan pelarian alami," katanya.
Majlis perkahwinan pasangan ini akan diadakan di Bangunan Persatuan Ash Sham di Gaziantep, organisasi yang mengendalikan ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim pelarian.
Tetamu yang dijemput adalah sukarelawan di Ash Sham, wakil rakan kerjasama dari Bonyan, Ola Hallak serta ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim pelarian yang dianggarkan berjumlah 150 orang.
** Ikuti kemeriahan majlis kenduri pasangan ini bersama komuniti pelarian Syria dalam artikel selanjutnya di www.astroawani.com
Hilal Azmi
Sun Jan 28 2018
Nadia Rahmat dan Aiman Amir rai majlis perkahwinan mereka bersama pelarian Syria di sempadan Turki - Syria - Foto Nadia Rahmat
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Rindu belaian ayah: Pasangan pengantin Malaysia jadi tumpuan
Waktu mereka berkumpul hanyalah Ramadhan. Jadi mereka sangt seronok.
Lebih bermakna, pasangan Malaysia ini buat kenduri kahwin bersama pelarian Syria
Niat dan idea ini diajukan oleh Aiman, sebelum kami bernikah lagi, dan disambut baik oleh semua.