Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merancang menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar raya perubatan yang menawarkan hospital terbaik, doktor berkemahiran tinggi dengan kos yang berpatutan.
Beliau berkata pada masa ini kerajaan negeri sedang berunding dengan satu pihak yang bercadang melabur RM1 bilion bagi meningkatkan kemudahan penjagaan kesihatan di negeri itu.
"Kami sedang berbincang dengan Southeast Healthcare yang berminat untuk melabur RM1 bilion bagi mengembangkan industri penjagaan kesihatan," katanya dalam sidang media di Komtar, di sini hari ini.
Lim berkata pelancongan perubatan di Malaysia sedang berkembang pesat dan negara ini berada di kedudukan teratas dari segi penjagaan kesihatan menurut InternationalLiving.com.
"Ranking ini bermakna kita mengatasi Amerika Syarikat dan Kanada, justeru kami akan bekerja keras untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah bandar raya perubatan, sekali gus memperkukuh kedudukan nombor satunya," katanya.
Lim berkata sebarang perkembangan positif daripada perbincangan dengan Southeast Healthcare itu akan dimaklumkan kepada umum. -- Bernama
Bernama
Wed Jan 11 2017

Kerajaan negeri Pulau Pinang sedang berunding dengan satu pihak yang bercadang melabur RM1 bilion bagi meningkatkan kemudahan penjagaan kesihatan di negeri itu. - Gambar fail

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lim rancang jadikan Pulau Pinang bandar raya perubatan
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merancang menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar raya perubatan yang menawarkan hospital terbaik, doktor berkemahiran tinggi dengan kos yang berpatutan.