ANAK perempuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri MukhrizTun Mahathir menyatakan sokongan kepada bapanya melalui satu status yang dimuat naik ke akaun Instagram peribadinya pada Rabu.
Meera Alyanna Mukhriz atau lebih mesra dengan panggilan Ally melalui akaun @ally.mukhriz memuat naik sekeping foto bersama bapanya yang diambil sewaktu dia masih kecil.
Tiada sebarang kapsyen diletakkan pada gambar tersebut, namun ia dilihat sebagai salah satu bentuk sokongan buat Mukhriz yang kini sedang melalui saat-saat mencabar dalam kemelut politik di negeri Kedah.
Komen yang diterima Meera pada gambar tersebut juga positif, dengan majoriti meletakkan hashtag masing-masing sebagai pernyataan sokongan buat anak bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad itu.
BACA: Hampir 1,000 berkumpul nyata sokongan terhadap Mukhriz
BACA: Kedudukan Mukhriz ditentukan anggota DUN, jemaah pemangku Sultan
Antara hashtag yang diwujudkan adalah #supportmukhriz, #sokongmukhriz dan #supportmukhrizmahathir.
Semalam, pemimpin UMNO Kedah sepakat mengumumkan pendirian hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.
Madiha Abdullah
Thu Jan 21 2016
![Muat naik foto bapa di Instagram, Ally Mukhriz tarik perhatian netizen Muat naik foto bapa di Instagram, Ally Mukhriz tarik perhatian netizen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41453362831_AllyMukhriz.jpg)
Ally terima sokongan tidak berbelah bahagi berhubung apa yang menimpa bapanya. Foto/Instagram Ally Mukhriz
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Cucu dedah wajah individu di 'wallpaper' telefon Tun Mahathir Cucu dedah wajah individu di 'wallpaper' telefon Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61504428045_TunMahathirSitiH.jpg)
Cucu dedah wajah individu di 'wallpaper' telefon Tun Mahathir
Sebuah foto yang dikongsikan cucunya, Ally Mukhriz di Instagram menarik perhatian ramai.
!['Terima kasih, rakyat Kedah, kerana menerima kami' - Anak Mukhriz Mahathir 'Terima kasih, rakyat Kedah, kerana menerima kami' - Anak Mukhriz Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71454826298_AllyMukhriz.jpg)
'Terima kasih, rakyat Kedah, kerana menerima kami' - Anak Mukhriz Mahathir
Meera Alyanna Mukhriz atau Ally, meluahkan ucapan penghargaannya buat seluruh rakyat negeri Kedah kerana memberikan peluang untuk bapanya mencurahkan bakti buat negeri itu.
![Muat naik foto bapa di Instagram, Ally Mukhriz tarik perhatian netizen Muat naik foto bapa di Instagram, Ally Mukhriz tarik perhatian netizen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41453362831_AllyMukhriz.jpg)
Muat naik foto bapa di Instagram, Ally Mukhriz tarik perhatian netizen
Tiada sebarang kapsyen diletakkan pada gambar tersebut, namun ia dilihat sebagai salah satu bentuk sokongan buat Mukhriz yang kini sedang melalui saat-saat sukar.