“Nuan Nuan" yang bermaksud ramah mesra dipilih sebagai nama anak pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang yang lahir di Zoo Negara, di sini pada 18 Ogos lalu.
Nama itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada Khamis.
Nama itu dipilih daripada sejumlah 22,830 penyertaan dalam pertandingan menamakan anak panda gergasi bermula dari 17 November hingga 17 Disember tahun lalu.
Daripada jumlah itu, sembilan nama disenarai pendek sebelum nama "Nuan Nuan" dipilih.
"Proses pemilihan nama bagi anak panda gergasi yang kini seberat 16.5 kilogram adalah melalui beberapa sesi pemilihan yang teliti iaitu selama hampir dua hingga tiga bulan oleh juri-juri khas dan profesional yang dilantik.
"Sebanyak sembilan nama telah disenarai pendek yang disahkan persatuan pemuliharaan hidupan liar China (CWCA) dan dipersetujui oleh perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Mac lalu," katanya ketika berucap pada majlis penamaan anak panda gergasi di Zoo Negara, Hulu Klang.
Anak panda betina seberat 16.5 kilogram itu mula dipamerkan kepada pengunjung Zoo Negara pada 17 November selepas hampir tiga bulan dikuarantin.
Xing Zing dan Liang Liang merupakan simbol hubungan diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China.
Pasangan panda itu tiba pada 21 Mei 2014 menerusi program penjanjian kerjasama konservasi antarabangsa panda gergasi.
Astro Awani
Thu Apr 07 2016

Sembilan nama disenarai pendek sebelum nama "Nuan Nuan" dipilih. - Foto Bernama

Penolong jurutera kanan didakwa terima RM270,400 berkaitan kerja rasminya
Seorang penolong jurutera kanan sebuah agensi kerajaan didakwa menerima wang berjumlah RM270,400 yang berkaitan dengan kerja rasminya.

Petronas terbuka kerjasama dengan Petros, tunggu perincian
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Petronas catat keuntungan bersih RM55.1 bilion
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
AWANI Ringkas: Logo Halal: KPDN bincang Jakim keperluan naikkan hukuman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dua lapisan kawalan elak BPT bersubsidi 'ghaib' di pasaran
Kerajaan memberi jaminan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi yang mula dijual 1 Mac ini, tidak akan 'ghaib' di pasaran.

Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
Misi pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 11 tahun lalu telah dimulakan di Lautan Hindi.
PM jamin percepat PLSB Sungai Golok, jimat kos RM1.7 bilion
Kerajaan memberi jaminan proses pengambilan tanah bagi pembangunan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kelantan akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan - Fahmi
Dari tahun 2022 sehingga 15 Februari 2025, sebanyak 1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurut Akta 588.
KPDN, JAKIM pertimbang keperluan naikkan hukuman
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) sedang berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi melihat keperluan untuk meningkatkan hukuman kesalahan berkaitan penyalahgunaan logo halal.

MITI sasar pertumbuhan pelaburan diluluskan 5 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024.

Temui Yi Yi, anak kedua panda gergasi
Pengumuman dibuat Menteri Air, Tenaga dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar di Pusat Konservasi Panda Zoo Negara sebentar tadi.

Selepas Nuan-Nuan, apa nama anak kedua panda gergasi?
Nuan Nuan dihantar pulang ke negara kelahiran kedua ibu bapanya di Pengkalan Panda Dujiangyan, Sichuan, pada 14 November 2017.

Anak panda semakin lincah, sambut ulang tahun pertama
Keletah anak panda betina kedua kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China pada sambutan ulang tahun pertamanya hari ini nyata mencuit hati pengunjung.

Apa nama sesuai buat anak panda kedua Malaysia?
Pihaknya akan berbincang dengan kementerian berkaitan untuk bekerjasama dalam membuka penyertaan cadangan nama anak panda itu kepada orang ramai dalam masa terdekat.

Selamat tinggal Nuan Nuan!
Selepas berada di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara selama lebih 27 bulan anak panda gergasi Nuan Nuan akhirnya dihantar pulang.

Selamat tinggal panda Nuan Nuan ... kamu pasti dirindui
Anak panda gergasi pertama Malaysia, Nuan Nuan, yang kini berusia dua tahun akan diserah balik kepada kerajaan China pada 14 November 2017.

Pasangan panda gergasi mungkin akan dibiar mengawan buat kali kedua - Zoo Negara
Itu bagaimanapun bergantung pada keinginan pasangan panda gergasi itu untuk mengawan ketika tempoh kesuburan, antara April hingga Mei.

Liang Liang sambut hari lahir di Zoo Negara
Panda gergasi "Liang Liang" dilahirkan pada 23 Ogos 2006, menjadikan usianya pada tahun ini mencecah 10 tahun.

'Nuan Nuan' dipilih nama anak panda gergasi
Nama itu dipilih daripada sejumlah 22,830 penyertaan dalam pertandingan menamakan anak panda gergasi bermula dari 17 November hingga 17 Disember tahun lalu.

Nama anak panda gergasi diumum Khamis ini
Pertandingan menamakan anak panda yang berlangsung dari 17 Nov hingga 17 Dis tahun lepas, melibatkan 22,830 penyertaan dari seluruh negara.