Malah, pelancaran koleksi peralatan memasak ‘Vantage’ secara eksklusif kepada pelanggan Astro itu boleh membuatkan Datuk Seri Siti senyum meleret apabila dilaporkan turut mencatatkan jualan melebihi tujuh kali ganda jumlah sasaran awal yang ditetapkan.
Bersiaran pada Ahad, penyanyi nombor satu negara itu tampil mengendalikan program siaran langsung Go Shop di (saluran 118/ saluran 120), Astro Ria (saluran 104), Astro Ria HD (saluran 123) dan HELLO (saluran 110).
Program turut dihadiri oleh 100 pemenang bertuah yang membuat tempahan awal produk peralatan memasak ‘Vantage’ edisi khas di Go Shop sepanjang bulan Disember 2018.
Semasa program berlangsung, Siti Nurhaliza turut menghiburkan pemenang bertuah dengan membuat persembahan tiga lagu kegemarannya yang berjudul ‘Bukan Cinta Biasa’, ‘Si Comel Pipi Merah’ dan ‘Anta Permana’.
Di samping itu, Siti Nurhaliza turut mempamerkan bakat memasak yang luar biasa dengan menyediakan hidangan kegemarannya seperti ‘Ayam Masak Ros’, ‘Patin Masak Tempoyak’ dan ‘Laksa Pahang’ dengan menggunakan produk edisi khas jenama ‘Vantage’ itu.
Terdapat pelbagai peralatan memasak ‘Vantage’ edisi terhad Siti Nurhaliza yang mampu dimiliki, memenuhi semua keperluan memasak untuk seisi keluarga yang turut dilengkapi dengan nama dan tandatangan Siti Nurhaliza dalam ukiran laser.
Untuk menambah kegembiraan penonton, beliau juga mengumumkan peraduan eksklusif kepada pelanggan Go Shop untuk memenangi tiket konsert ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ pada 16 Mac 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Bagaimana untuk menyertai pertandingan Go Shop Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour?
- Pelanggan Go Shop boleh membeli produk ‘Vantage’ edisi khas dari 10 Dis 2018 - 17 Feb 2019.
- Jadi tiga pembeli tertinggi untuk memenangi sepasang tiket Platinum yang bernilai RM710.00 ke konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour.
- Pemenang akan diumumkan pada 8 Mac 2019.
Untuk maklumat lanjut tentang peraduan, peminat boleh melayari: bit.ly/DSCTxConcert
Produk ini juga boleh didapati secara eksklusif di Go Shop dengan harga yang sangat murah beserta hadiah percuma bernilai sehingga RM270.00 bagi sebarang pembelian produk terpilih namun untuk tempoh terhad.
Pelanggan boleh membeli dan menerima potongan 5% dengan melayari www.goshop.com.my atau hubungi kami di talian bebas tol 1800-82-0088 (24 jam) untuk membuat pesanan. Penonton yang terlepas siaran langsung ini boleh menontonnya di laman Facebook Go Shop.