PEREDARAN masa merubah banyak perkara, namun nilai budi pekerti dan jati diri sebagai masyarakat Timur tidak seharusnya dikorbankan.
Mungkin di zaman dahulu, batas hubungan antara lelaki dan wanita cukup terjaga, apatah lagi jika membabitkan dua generasi berbeza.
Tetapi hari ini situasinya cukup berlainan.
Seorang guru praktikal di utara tanah air memuat naik satu perbualan di aplikasi WhatsApp dengan seorang pelajarnya ke Facebook, dan ia pantas menarik perhatian.
Apa yang mengejutkan dan mencetuskan kegusaran ramai adalah keberanian dan permintaan 'luar biasa' pelajar terbabit.
Bukan itu sahaja, dalam perbualan tersebut, pelajar itu memanggil guru berkenaan dengan panggilan 'abang', yang adakalanya ditukar kepada 'cikgu'.
Biarpun dikecam sesetengah pihak kerana memuat naik perbualan itu ke laman sosial, guru tersebut menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri mengapa mengambil tindakan sedemikian.
Menerusi status terbaharu yang dimuat naik ke Facebook, guru itu menyatakan dia sama sekali tidak menyangka keikhlasan berkongsi nombor telefon dengan tujuan memberi kemudahan kepada pelajar mengadu sebarang masalah, akan disalah erti sebegitu rupa.
Sebahagian netizen bagaimanapun melihat pendedahan itu mampu memberi kesedaran kepada ibu bapa agar lebih tegas dalam mengawasi perilaku anak-anak mereka, terutama jika anak-anak terdedah dengan penggunaan telefon pintar.
Madiha Abdullah
Fri Aug 11 2017
'Screen capture' perbualan antara guru dan pelajar terbabit. -Foto Facebook
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Pelajar sekarang semakin biadab, guru praktikal diajak lakukan seks
Apa yang mengejutkan dan mencetuskan kegusaran ramai adalah keberanian dan permintaan 'luar biasa' pelajar terbabit.