Pembaziran bagaikan satu penyakit yang nampaknya belum ada penawar mujarab. Adakalanya, ia merebak dan adakalanya dapat dikekang.
Pembaziran makanan seolah-olah bermusim, lebih banyak berlaku pembaziran ketika musim perayaan, contohnya Ramadan yang baru berakhir.
Ramadan sudahpun berlalu dan kita kini berada dalam bulan Syawal. Persoalannya, apa yang kita pelajari daripada ibadah puasa yang kita jalani?
Saban tahun Ramadan dan Syawal silih berganti dan perkara yang sama berulang yakni pembaziran makanan. Banyaknya makanan yang berakhir sebagai penghuni tong sampah sepanjang Ramadan!
Memang ramai sungguh yang berniaga di bulan Ramadan dan ada pula yang membeli mengikut nafsu. Kalau hendak diikutkan banyak kempen dibuat dan peringatan dilaungkan, namun pembaziran terus berlaku.
Minggu terakhir Ramadan menyaksikan sesuatu yang saya lihat sebagai 'kemuncak' pembaziran di mana makanan yang belum disentuh terbuang atau mungkin juga dibuang. Dalam sekelip mata isu pembaziran ini menjadi tular di media sosial. Malah, media arus perdana turut membuat liputan mengenainya.
Melihatkan makanan yang akhirnya menjadi 'longgokan sampah' itu, amat meruntun hati. Masakan tergamak semudah itu membuang makanan. 'Longgokan sampah' itu sebenarnya adalah sumbangan pelbagai pihak terutamanya untuk golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur ini.
Mungkin pihak yang menyumbang hanya meletakkan makanan di situ dengan harapan ianya diambil oleh golongan memerlukan. Sewajarnya, jika mahu memberi ikut cara dan adabnya, tidak wajar ditinggalkan begitu sahaja. Pastikan supaya makanan itu sampai kepada golongan yang menjadi sasaran supaya tidak sia-sia pihak yang menghulurkan sumbangan.
Penularan gambar itu membawa pelbagai respons di media sosial.
Ada yang mengulangi cadangan seperti yang pernah dikemukan berkali-kali oleh banyak pihak sebelum ini iaitu supaya mewujudkan satu badan untuk mengawal selia soal pengagihan makanan yang bakal disumbangkan.
Jadi sesiapa sahaja yang ingin menyumbang, hendaklah menghubungi badan berkenaan yang bertindak sebagai saluran atau pusat rujukan agar makanan yang dimaksudkan boleh diagih dengan lebih sistematik dan tidak berlaku pertindihan agihan sehingga menyebabkan pembaziran.
Banyak pihak memberikan pelbagai cadangan terutamanya melalui media sosial yang dan antara cadangannya adalah supaya turut menyumbang makanan kepada pelajar universiti dan surau-surau bukan sekadar gelandangan.
Aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi mencadangkan supaya memberikan sumbangan makanan kepada petugas di Balai Polis dan Bomba, pondok-pondok pengawal keselamatan, stesen bas, pemandu bas, atendan stesen minyak, badan bukan kerajaan (NGO) yang mengajar tuisyen malam atau kelas mengaji dan banyak lagi.
Mengimbas kembali Ramadan 2016, terdapat beberapa hotel berganding bahu dengan NGO yang menganjurkan pengumpulan makanan lebihan (kebanyakannya belum disentuh) lalu diagih-agihkan kepada golongan memerlukan termasuk gelandangan dan para penghuni di Projek-projek Perumahan Rakyat (PPR).
Selain itu, para peniaga di Bazar Ramadan turut bekerjasama dengan NGO untuk mengumpul sumbangan makanan termasuk yang tidak terjual lalu dan dihantar ke rumah-rumah golongan memerlukan di sekitar Kuala Lumpur.
"Kesan program bagi makan gelandangan tanpa kerjasama NGO sedia ada. Nak buat program kena bertanggungjawab dari awal sampai habis. Sampah pun tanggungjawab kau dik," tulis Fariza Ahmad Yasifon, seorang sukarelawan, yang meletakkan gambar-gambar sampah sarap di Kuala Lumpur, di laman Facebook beliau.
Benar seperti kata beliau, sampah juga tanggungjawab. Bukan sahaja soal pengagihan makanan yang menjadi isu, di sisi lain timbul pula masalah sampah-sarap ditambah pula dengan makanan yang terbuang. Siapakah yang patut membersihkannya?
Berdasarkan komen yang diterima, ramai yang sependapat bahawa aspek pembersihan sepatutnya menjadi tanggungjawab pihak yang mengagihkan makanan. Antara cadangan, supaya menyediakan plastik sampah selain memeriksa kawasan terbabit untuk dibersihkan jika perlu.
Malah, ada juga yang menyarankan agar sambil mengagihkan makanan hendaklah, "mengajar dan berpesan-pesan kepada golongan penerima mengenai aspek kebersihan dan supaya tidak membuang sampah merata-rata."
Bukan sahaja ketika Ramadan, malah setiap musim perayaan atau cuti umum, masalah sama akan berulang di Kuala Lumpur. Berebut-rebut pelbagai pihak mahu menyumbang serta menjamu gelandangan dan golongan memerlukan. Niat untuk membantu golongan memerlukan itu sangat mulia dan digalakkan namun amat mengecewakan apabila niat baik itu akhirnya mengundang pembaziran dan bermacam-macam masalah lain.
Perlu diingat, masalah pembaziran berlaku sepanjang tahun. Justeru, carilah jalan penyelesaian dengan segera agar pembaziran tidak berleluasa. Sewajarnya ada pihak yang segera mengambil tanggunjawab mencari jalan terbaik dalam mengurus selia setiap sumbangan yang bakal diberikan kepada gelandangan setiap hari, sepanjang tahun. Hanya dengan cara sistematik, masalah pembaziran boleh dikekang.
Ambillah iktibar daripada Ramadan! Semoga kemeriahan Syawal tidak dicemari permasalahan serupa tatkala orang ramai sibuk meraikannya.
Pelbagai pihak banyak mengulas isu mengenai pembaziran, termasuk individu, NGO sehinggalah ke peringkat menteri. Hakikatnya, jom 'Kata dan Buat', tidak perlu tunggu Ramadan tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2017
Pembaziran makanan seolah-olah bermusim, lebih banyak berlaku pembaziran ketika musim perayaan. - Gambar hiasan
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
Persediaan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahap terbaik - Mohamed Khaled
Persediaan termasuk dari segi penginapan, kesihatan dan makanan itu adalah bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Kepungan Israel sekat 83 peratus bantuan makanan ke Gaza - Data terbaharu
Hidangan makanan bagi penduduk telah berkurangan daripada dua kali sehari kepada sekali sehari.
Olimpik Paris 2024: Atlet Great Britain dakwa ada cacing dalam makanan
Dia mendakwa terdapat atlet yang menjumpai cacing dalam makanan yang disediakan oleh pihak pengajur buat atlet di dewan makan.
Sultan Ibrahim gemar masakan kampung, pedas - Cef Hamdan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim tidak cerewet dalam pemilihan santapan tetapi seboleh-bolehnya sajian yang disediakan perlulah mempunyai sedikit rasa pedas serta tidak terlalu manis.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat
Tinjauan CAP di seluruh negeri mendapati tahap ketidakpatuhan peniaga terhadap keperluan meletakkan tanda harga masih meluas.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Kos tenaga, makanan global dijangka meningkat pada 2024 - Laporan Boao Forum
Terdapat kemungkinan berlaku lonjakan kos tenaga dan makanan global pada 2024 yang berpotensi memburukkan lagi inflasi di Asia.
KPDN Kelantan selamatkan lebih 2,000kg makanan, minuman di Bazar Ramadan Rahmah
Makanan yang terkumpul diagihkan kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPT), gelandangan dan golongan memerlukan.