Peminat ikan laga atau Betta di negeri ini disaran supaya berdaftar dengan Jabatan Perikanan negeri bagi tujuan penyimpanan data dan juga bantuan yang boleh disalurkan jabatan itu, kata Pengarah Perikanan Negeri Sembilan Halimi Abu Hanip.
Beliau berkata ini termasuklah bantuan dalam memberikan kursus kepada mereka dalam aspek penjagaan dan makanan.
"Ini sudah pasti akan dapat mengembangkan lagi industri ikan hiasan ini selain dapat menyuntik semangat keusahawanan, terutama dalam kalangan golongan belia yang didapati menjadi trend sekarang ini sebagai usahawan ikan hiasan ini (Betta).
Sebenarnya ikan Betta Malaysia berpotensi dipasarkan ke luar negara, malah, sudah ada penternak yang berjaya membuat jualan sehingga ke Jerman dan Itali, tetapi bukanlah dengan kuantiti yang besar kerana kebanyakannya dijual secara dalam talian dan menggunakan khidmat kurier," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian penutup Pertandingan Ikan Betta Peringkat Negeri Sembilan 2019 yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Bakri Sawir di Pusat Ikan Hiasan (PIH) di sini.
Mengulas lanjut, beliau berkata ikan Betta atau juga dikenali sebagai 'ikan laga' atau 'pelaga' atau 'pelaga Siam' merupakan ikan hiasan yang cukup popular dan mempunyai ramai peminat di seluruh Malaysia dan luar negara.
"Sektor ikan hiasan sememangnya industri perikanan yang penting dalam negara, selain pengeluaran akuakultur atau pendaratan ikan untuk makanan. Ini kerana sektor khusus untuk penggiat hobi ini telah berjaya mengeluarkan 325 juta ikan pada tahun 2017 sahaja.
"Perkara itu juga sekali gus telah berjaya menjana pulangan yang bernilai RM340 juta kepada pendapatan negara," katanya.
Terdahulu, pertandingan itu dimenangi Muhammad Amirul Aizet Jamaluddin dari Batu Cave, Selangor yang membawa pulang wang tunai RM1,500 dan trofi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 13 2019
Belia yang terlibat dalam industri ikan laga hiasan ini perlu suntikan keusahawanan. - Gambar hiasan
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Pengusaha hotel simpan 500 koleksi telefon bimbit lama
Menurut Azizol, kebanyakannya koleksi itu dibelinya sendiri semasa bekerja di sebuah hotel di ibu kota kira-kira 30 tahun lalu.
Tenang menggubah pokok dan batu, seni 'penjing' makin diminati
Masyarakat kita mungkin sudah biasa dengan pokok bonsai tapi seni penjing dilihat masih baru di negara ini.
Sanggup berbelanja besar demi merpati hiasan
Harga merpati hiasan yang menjadi kegilaan baru sekarang ini memang mahal tetapi ia tetap mempunyai peminat.
Beli pistol tiruan kerana hobi, juruteknik didenda RM2,000
Seorang juruteknik didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pistol tiruan yang dibeli secara dalam talian, dua hari lepas.
Pak Lang G miliki koleksi lebih 40 basikal klasik
Semuanya bermula dengan sebuah basikal tua peninggalan arwah ayahnya yang digunakan ketika ke sekolah dahulu.
Bermula sebagai hobi, kini ramai menikmati manfaat berkebun
Hortikultur bukan tren baharu kerana kegiatan ini sudah bertapak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Gambar atas kotak pensil warna pupuk hobi bela burung kakaktua
Setiap hujung minggu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, sekawan burung kakaktua pelbagai warna akan 'berlibur' di pinggiran sebuah kawasan perumahan di Cyberjaya dengan ditemani pemilik
Minat ubah suai kenderaan jangan sampai melanggar undang-undang - JPJ
Pihaknya menjalankan tindakan penguatkuasaan sebagai langkah terakhir memastikan semua pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat dengan mematuhi peraturan ditetapkan.
Bukan sekadar 'tunggang' liabiliti... Ini cara buat duit guna motosikal
Sebenarnya terdapat beberapa kaedah untuk menjana pendapatan menggunakan motosikal milik anda sendiri...
Hobi kumpul koleksi bangkai nyamuk, menarik atau aneh?
Pengguna Twitter menjadi sensasi media sosial selepas mendedahkan dia menyimpan nyamuk yang dibunuhnya.