Pusingan akhir pertandingan 'Miss Universe 2015' menjadi topik hangat di media sosial apabila pengacara majlis, Steve Harvey membuat kesilapan besar ketika mengumumkan nama pemenang pertandingan ratu cantik itu.
Steve telah tersilap mengumumkan nama peserta Colombia, Ariadna Guttierez sebagai pemenang Miss Universe 2015, yang mana gelaran itu sepatutnya diberikan kepada peserta Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach.
Lebih menyedihkan, pengumuman itu diikuti dengan upacara memakaikan mahkota kepada pemenang yang salah itu.
Namun, Ariadna hanya mampu menikmati detik kegembiraan itu buat sementara waktu sahaja selepas Steve segera tampil memohon maaf sambil memaklumkan kesilapan beliau mengumumkan pemenang.
"Ia adalah kesilapan saya," kata Steve sambil menunjukkan kad pemenang kepada media untuk membuktikan Ratu Filipina merupakan pemenangnya yang sebenar.
Perkara ini nyata mengelirukan serta mengejutkan penonton-penonton yang hadir.
Susulan itu, Hashtag #MissUniverse2015 mula viral di media sosial.
Menerusi hashtag tersebut, rata-rata netizen menyampaikan rasa simpati kepada Ariadna kerana terpaksa berhadapan dengan situasi yang sebegini.
Menurut mereka, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.
Bagaimanapun, Steve kemudian meminta maaf secara terbuka kepada Ratu Cantik Colombia serta semua penonton menerusi laman Twitternya.
Kebanyakan netizen memberi sokongan kepada Steve dengan memahami ia adalah satu kesilapan yang tidak senjagakan.
Ratu cantik Filipina, Pia Alonzo dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Miss Universe 2015, dalam pusingan akhir yang berlangsung sebentar tadi di Planet Hollywood, Las Vegas.
Manakala, tempat kedua pula dimenangi oleh Ratu Cantik Colombia, Ariadna Gutierrez dan tempat ketiga dimenangi oleh Ratu Cantik USA, Olivia Jordan.
Kohilah Sekaran
Mon Dec 21 2015

Ratu cantik Filipina, Pia Alonzo dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Miss Universe 2015, dalam pusingan akhir yang berlangsung sebentar tadi di Planet Hollywood, Las Vegas. - Foto AP Photo/John Locher
IYC2025: ANGKASA wakili Malaysia, komited jalin kerjasama
Abdul Fattah berkata beliau turut memberi penekanan kepada kepentingan membina rangkaian kerjasama koperasi serantau khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin dinamik.
Kemajuan teknologi digital, AI perkukuh sektor agromakanan dan agrikomoditi
inovasi dalam bidang pertanian memberi impak besar kepada peningkatan hasil pertanian, keberkesanan pengurusan sumber dan kelestarian alam sekitar.

China sokong Malaysia sebagai pengerusi ASEAN - Jurucakap Kementerian Luar
China menyokong usaha Malaysia sebagai pengerusi bergilir ASEAN dan sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk meningkatkan kerjasama serantau.
Perdagangan: Malaysia catat pertumbuhan 3.1 peratus pada Januari
Eksport mengembang empat bulan berturut-turut, meningkat 0.3 peratus kepada RM122.79 bilion, manakala import naik 6.2 peratus kepada RM119.16 bilion.
Moratorium bagi sektor besi dan keluli dilanjutkan
MITI berkata pelanjutan ini merangkumi sektor huluan produk keluli panjang dan semakan kepada tempoh moratorum akan dibuat apabila pemain domestik sedia ada mencapai penggunaan kapasiti hampir 80 peratus.
Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia
Ini berikutan, daripada seluruh jumlah dagangan Malaysia dengan AS, 60 peratus adalah eksport elektrik dan elektronik Malaysia.
MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Dagangan saham MAHB telah digantung hari ini sebagai persediaan untuk penyahsenaraian berikutan selesainya tawaran konsortium Gateway Development Alliance (GDA) untuk menstruktur semula kepentingan dalam MAHB.
Kadar kesuburan rakyat Malaysia turun sejak 2013
Kadar kesuburan keseluruhan (TFR) di Malaysia menunjukkan penurunan sejak 2013.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

JPJ panggil semula 41,688 kenderaan daripada 6 pengeluar untuk pemeriksaan
JPJ memanggil semula 41,688 kenderaan daripada enam pengeluar bagi tujuan pemeriksaan berikutan kecacatan pada struktur, peralatan dan sistem pada kenderaan berkenaan.

Pentas Miss Universe kecoh kerana salah umum pemenang
Pusingan akhir pertandingan 'Miss Universe 2015' menjadi topik hangat di media sosial apabila pengacara majlis, Steve Harvey membuat kesilapan yang besar dalam mengumumkan pemenang.