PEREKA fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin, 35, bakal menamatkan zaman bujangnya selepas mengikat tali pertunangan dengan Nurida Suraya, 30, pada Khamis.
Rizman yang juga pereka kegemaran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memilih Nurida sebagai bakal isterinya selepas mengenali hati budi masing-masing lebih setahun lalu.
"Alhamdulillah, sudah sampai masanya untuk saya menamatkan zaman bujang. Perasaan gembira sukar digambarkan kerana segalanya berubah apabila kita bertemu dengan orang yang tepat dalam hidup kita.
"Doakan semoga segala urusan berjalan dengan baik. Insya-Allah dalam masa terdekat akan berlangsung (majlis pernikahan)," kata Rizman ketika dihubungi Astro AWANI.
Rizman sebelum itu memuat naik fotonya bersama seorang wanita yang mana kedua-duanya mengenakan pakaian sedondon bewarna biru di laman Instagram peribadinya @rizman.n.
Sekalipun tiada sebarang kapsyen mengenai majlis pertunangannya dengan ahli perniagaan itu yang dikongsi, namun foto berkenaan menarik perhatian ramai pengikutnya termasuk selebriti tanah air seperti Erra Fazira, Anuar Zain dan Jaclyn Victor.
Kesemua mereka mengucapkan tahniah kepada pereka fesyen ternama kelahiran Pulau Pinang itu.
Pengikut-pengikut Rizman turut menitipkan ucapan yang sama selain mendoakan urusan masa depan pasangan berkenaan dipermudahkan.
Rizman dan rakan perniagaannya, Ruzaini merupakan antara pereka fesyen yang sangat disenangi ramai.
Kedua-dua mereka sering menghasikan rekaan yang eksklusif dan elegan sehingga sentiasa menjadi pilihan artis-artis popular serta isteri-isteri tokoh kenamaan.
Astro Awani
Thu Jun 06 2019
![Pereka fesyen terkenal Rizman pilih ahli perniagaan sebagai bakal isteri Pereka fesyen terkenal Rizman pilih ahli perniagaan sebagai bakal isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41559818081_TBartist.jpg)
Rizman dan bakal isterinya, Nurida Suraya bakal bernikah tidak lama lagi. - Gambar Instagram RIZMAN NORDIN
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739353423_tbFikryIbrahimKha.jpg)
Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.
![EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739319811_EPL.jpg)
EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England
Leah Keane mengesahkan pertunangannya dengna pemain berusia 23 tahun, Harwood-Bellis, tahun lalu.
![Tak pernah bercinta, Redza Rosli terus ajak Bella Hanna beli cincin dan lamar Tak pernah bercinta, Redza Rosli terus ajak Bella Hanna beli cincin dan lamar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719037270_tbMelamar.jpg)
Tak pernah bercinta, Redza Rosli terus ajak Bella Hanna beli cincin dan lamar
Redza memberitahu dia mengajak Bella ke kedai emas untuk membeli cincin sebelum masing-masing meluahkan perasaan yang terpendam di dalam hati.
![Dengan sekali lafaz, Redza Rosli kini suami hos Hlive, Bella Hanna Dengan sekali lafaz, Redza Rosli kini suami hos Hlive, Bella Hanna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718963380_TBRedzaRosli.jpg)
Dengan sekali lafaz, Redza Rosli kini suami hos Hlive, Bella Hanna
Pelakon Redza Rosli selamat bernikah dengan aktres dan hos program Hlive, Bella Hanna dengan sekali lafaz pada petang ini.
![Pasangan terpendek di dunia berkahwin Pasangan terpendek di dunia berkahwin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718435141_shortestmarriedcou.jpg)
Pasangan terpendek di dunia berkahwin
Pasangan berasal dari Brazil yang dinobatkan individu terpendek di dunia oleh Guinness World Record (GWR) melangsungkan perkahwinan mereka baru-baru ini.
![Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714381315_vokalisdewajpg.jpg)
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
![Giliran pemain Harimau Malaya, Matt Davies tamatkan zaman bujang Giliran pemain Harimau Malaya, Matt Davies tamatkan zaman bujang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703499054_MattDavies.jpg)
Giliran pemain Harimau Malaya, Matt Davies tamatkan zaman bujang
Pertahanan sayap kebangsaan, Matt Davies, selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Jenna Vivian.
![Anak bongsu Najib, Norashman selamat nikah Anak bongsu Najib, Norashman selamat nikah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702708992_TBNORASHMAN.jpg)
Anak bongsu Najib, Norashman selamat nikah
Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nikola Mulyadi.
![Nabila Razali hadiahkan lagu ‘Hanya Kamu’ khas untuk suami Nabila Razali hadiahkan lagu ‘Hanya Kamu’ khas untuk suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700392809_TBNABILARAZALI.jpg)
Nabila Razali hadiahkan lagu ‘Hanya Kamu’ khas untuk suami
Ada beberapa hal yang sempat dikongsikan oleh penyanyi Nabila Razali sebaik sahaja statusnya berganjak dari tunangan orang kepada seorang isteri.
![Ini lapan fakta menarik Dayang Anisha, bakal isteri Putera Mateen Ini lapan fakta menarik Dayang Anisha, bakal isteri Putera Mateen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696761608_TBBakalisteri.jpg)
Ini lapan fakta menarik Dayang Anisha, bakal isteri Putera Mateen
Istiadat perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.