Memasuki hari keenam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19, semakin ramai pihak dan individu tampil memberi nasihat serta peringatan kepada orang ramai agar kekal berada di rumah.
Antaranya selebriti tempatan, ahli sukan, ahli perniagaan dan ramai lagi, namun tidak ketinggalan dan menarik perhatian ramai adalah gelagat seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang tampil memberi nasihat serta 'menyekolahkan' mereka yang masih ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan itu.
Reaksi 'garang' dan comel yang dipertontonkan kanak-kanak berkenaan dalam sebuah video berdurasi tiga minit 19 saat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sehingga ada yang menyatakan 'budak enam tahun lebih pandai dan faham arahan pihak berkuasa'.
Amanda Wanda Bell atau lebih dikenali sebagai Wanda Bell memarahi orang ramai "yang masih degil dan pura-pura tidak faham bahasa kerana enggan patuh arahan untuk kekal di rumah sahaja".
"Sekarang ini masih lagi ada orang keras kepala...tidak pandai dengar...Wanda cakap ada Corona Virus tidak pandai faham...nanti dorang (mereka) tidak faham takut dorang kena (Corona Virus) dan pergi berjalan-jalan pula. Wanda bagi nasihat di sini (Facebook) sebab Wanda pun duduk rumah.
"Besar (dewasa) sudah dorang tapi balik-balik lagi mahu cakap. Wanda tidak marah bah ini aunty (mak cik)... tapi Wanda tidak mahu orang sakit. Nanti dorang bagi jangkit (Corona Virus) pada Wanda dan orang lain. Dorang (mereka) tidak boleh merayau-rayau," katanya kepada Bernama.
Video Wanda Bell yang dimuat naik di laman Facebook kanak-kanak itu @Wandabell mendapat 29,000 tontonan dan 810 perkongsian.
Dalam video berkenaan, kanak-kanak berasal dari Keningau, Sabah itu turut menzahirkan rasa simpati kepada warga hospital yang bekerja siang dan malam semata-mata untuk berkhidmat untuk rakyat.
"Jangan kamu keras kepala bah... kamu tidak takutkah kena tangkap polis? Pegi (pergi) jalan-jalan ada Corona Virus, kamu sakit lagi. Jadi siapa yang susah? Itu doktor yang susah. Aunty-aunty, uncle-uncle, susah bah tu. Penat dorang (mereka) mahu buat (kerja) ini semua.
"Just stay at home. Dia (kerajaan) bilang duduk diam-diam di rumah. Kamu faham ka apa dia cakap? Just stay at home... ingat jangan jalan-jalan... Boleh jalan-jalan tapi di belakang rumah, di depan rumah, main basikal ka di bilik ka tapi di rumah sahaja," katanya dengan telatah dan loghat Sabahnya yang mencuit hati.
Kebanyakan warganet kagum dan memuji kepetahan kanak-kanak ini memberikan nasihat kepada orang awam malah rata-rata meninggalkan komen yang positif.
"Naa...Adik kecil ini lagi pandai berfikir...dengar kamu yang degil-degil yang tidak dengar cakap... terbaik Wanda," kata Alice Tan.
"Pandai lagi adik Wanda ini...dengar tu," kata Juliet Tijun.
"Comelnya awak dik...sudahlah comel...pandai bercakap pula tu...bagus adik Wanda...Jaga diri adik," kata Mas Ayu Junoh pula.
Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencapai kadar pematuhan 92 peratus pada Isnin.
"Walaupun hanya lapan peratus, tetapi masih lagi ada dalam kalangan rakyat yang keluar rumah dan gagal mematuhi larangan yang dikeluarkan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 23 2020

Reaksi 'garang' dan comel yang dipertontonkan Amanda Wanda Bell dalam sebuah video berdurasi tiga minit 19 saat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. - Facebook @wandabell

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Perintah Kawalan Pergerakan: Kanak-kanak enam tahun tampil nasihat orang ramai
Semakin ramai pihak dan individu tampil memberi nasihat serta peringatan kepada orang ramai agar kekal berada di rumah.