SEBUAH laman Facebook yang diwujudkan beberapa hari lalu, Valet_Doa, mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial apabila menawarkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Tanah Suci.
Berdasarkan status di akaun Facebook, perkhidmatan itu boleh didapati dengan harga sekitar RM250 sehingga RM5,000, mengikut pakej-pakej yang telah ditawarkan.
Antara pakej tersebut adalah Pakej King Salman dan Pakej VVIP.
Menurut penjelasan pemilik akaun terbabit, Nasrin Harin, atau Haji Arin, perkhidmatan itu diwujudkan untuk memudahkan mereka yang tidak berkemampuan ke Mekah dan berdoa di sana.
Tambahnya lagi, pengirim boleh memilih mana-mana tempat di Tanah Suci untuk doa mereka dibacakan.
Netizen, bagaimanapun nyata tidak senang dengan kewujudan perkhidmatan berkenaan.
Ramai yang menyifatkan ia sebagai keterlaluan memandangkan kiriman doa yang biasa dilakukan masyarakat Islam yang tidak berkesempatan ke Mekah sebelum ini, dianggap sebagai pertolongan sesama Islam dan tidak sepatutnya digunakan untuk mengaut keuntungan.
Penggunaan istilah valet juga mendapat kritikan kerana ia seolah-olah menggambarkan taraf kemewahan, selain memberi tanggapan doa itu dijamin akan dimakbulkan.
Astro AWANI sedang berusaha untuk mendapat pendapat pakar agama berkenaan isu ini.
Madiha Abdullah
Wed Feb 15 2017
Netizen persoal tindakan pengasas perkhidmatan ini 'membuat duit' dengan cara sebegini.Foto/Facebook Valet_Doa
Perpaduan kaum, kepelbagaian budaya bukan suatu yang kekal tanpa usaha - Aaron
Perpaduan kaum dan kepelbagaian budaya di negara ini perlu terus diperkukuh oleh semua pihak dan tidak boleh mengambilnya sebagai sesuatu yang kekal tanpa usaha.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
Jangan terpedaya pakej 'Valet Doa' - JAKIM
Umat Islam disaran supaya tidak terpedaya dengan tawaran pakej 'Valet Doa' di Makkah dengan harga tertentu yang kini viral di media sosial.
Isu Valet Doa: Doa bukan untuk dijual beli
Pakar agama berpendapat perkhidmatan Valet Doa sebagai bercanggah dengan prinsip akidah lantaran banyak yang tidak kena dengan pakej tersebut.
Perkhidmatan kiriman doa melalui 'Valet Doa' dapat kecaman orang ramai
Pengasas perkhidmatan itu mendakwa mewujudkannya untuk memudahkan mereka yang tidak berkemampuan ke Mekah dan berdoa di sana.