Kerjaya sebagai petani mungkin bukan pilihan utama bagi sesetengah individu.
Namun, tidak bagi petani moden berasal dari Kuching, Ahmad Shafiq Ahmad Sabirin yang kini giat mengusahakan ladang cili geronong.
Menariknya, ladang yang diusahakannya itu dilengkapi dengan teknologi canggih seperti sistem Internet of Things (IOT), kaedah pengairan automasi berdasarkan kemasukan data dalam talian, serta pemantauan digital yang boleh dipantau melalui aplikasi telefon pintar.
Baginya, dia tidak malu apabila digelar petani malah berbangga kerana peluang menceburkan diri dalam bidang itu membuatkannya lebih mahir dalam memanfaatkan penggunaan teknologi moden.
“Bidang pertanian memang bidang yang sentiasa relevan. Walaupun persepsi masyarakat kita di luar menganggap pertanian masih bidang orang kampung tetapi kalau kita arif dengan strategi, kena dengan caranya, bidang pertanian ini sama taraf dengan bidang lain,” katanya.
Buat dirinya yang sudah berkecimpung dalam bidang asas tani sejak lapan tahun lalu, ramai tidak sedar bahawa sektor pertanian adalah merupakan salah satu tonggak utama kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa ini.
Jelas Ahmad Shafiq lagi, sektor tersebut semakin berkembang dan sentiasa melalui revolusi mengikut peredaran zaman.
Apa yang penting katanya, penyusunan semula strategi dan mengolah kaedah pertanian mengikut cara bersesuaian menjadi ramuan kepada kelangsungan seseorang petani agar boleh terus kekal dalam industri tersebut.
Bercerita berkenaan memenuhi keperluan orang ramai pula, menurutnya setiap petani harus bijak mencari nilai tambah bagi setiap hasil pertanian mereka untuk kukuh dalam pasaran terutamanya ketika berhadapan dengan situasi ketidakstabilan ekonomi seperti pandemik COVID-19.
“Usahawan kena cepat mengadaptasi (kepada situasi semasa) dan mencari peluang. Contohnya, kita pasarkan satu produk dan wujudkan satu perniagaan baharu yang dipanggil HFE mart di mana kami sediakan barang dapur dan barang basah secara talian.
“Jadi secara automatik, perniagaan cili tetap diteruskan dan produk juga dapat dijual,” katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI di Tapak Tanaman Kekal Pengeluaran (TKPM) Rampangi di Kuching.
Astro Awani
Sun Jun 14 2020

Sektor pertanian kini tidak sama seperti dahulu. Ujar Ahmad Shafiq Ahmad Sabirin, sekiranya bijak berbakti pada tanah, sektor itu juga mampu jana pendapatan lumayan sama seperti profesion lain. -Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.

Petani moden ubah persepsi, pertanian bukan profesion 'kampung'
Petani muda asal Kuching ini mempunyai ladang canggih sekali gus menepis tanggapan bahawa industri ini hanya untuk golongan tertentu.