INDUSTRI pelancongan telah menjadi salah satu sektor yang paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19. Dengan keadaan dan pergerakan terbatas, orang ramai diminta kekal berada di rumah dan tidak dibenarkan untuk keluar sewenang-wenangnya.
Jadi, tidak mustahil bahawa kebanyakan dari kita merancang untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan pasti ramai yang sudah mula 'rindu' untuk pergi bercuti.
Mana tidaknya, setelah sekian lama terperuk di dalam kediaman rumah, pastinya orang ramai merindui suasana di luar seperti menikmati keindahan alam semula jadi dan menghirup udara segar seperti di pantai dan di tempat peranginan.
Namun, tidak kurangnya juga bagi mereka yang masih berasa takut dan tidak merancang sekali pun untuk keluar melancong di dalam dan luar negara.
Memang ternyata, selepas ini semuanya bakal berubah dan jikalau sebelum ini kita lebih tertumpu untuk berada di kawasan orang ramai, kini pastinya lebih ke arah tempat yang tidak ramai orang dan di kawasan terbuka.
Ini lima perkara yang anda boleh anda jangka, sekiranya kita semua dibenarkan kembali untuk bebas keluar rumah dan memilih untuk bersiar-siar:
Ramai memilih untuk melancong di dalam negara
Percutian dalam negara pastinya menjadi pilihan terbaik selepas ini kerana tidak perlu menaiki kapal terbang dan terdedah kepada orang ramai di lapangan terbang.
Dengan membuat pilihan untuk bercuti di dalam negara, orang ramai boleh memilih untuk menaiki kenderaan sendiri dan mudah untuk mengenalpasti kontak rapat sepanjang perjalanan.
Bukan sahaja dapat mempraktikkan pengasingan diri dan penjarakan sosial, pilihan ini juga lebih murah dan secara tidak langsung dapat merangsang dan membangunkan semula ekonomi pelancongan dalam negara.
Kebersihan adalah keutamaan
Kalau sebelum ini, pengunjung pastinya mengharapkan bilik hotel atau rumah sewa yang bersih ketika mereka sampai di tempat penginapan mereka dan kemungkinan akan mengeluh jika tidak menepati ‘standard’ mereka.
Kini, pengunjung hotel pastinya akan meletakkan harapan atau ‘standard’ lebih tinggi dari sebelumnya.
Sebagai pengunjung, kita akan lebih obses dengan aspek kebersihan. Jadi, premis hotel selepas ini akan dilengkapi dengan cecair pembasmi kuman di setiap check-point seperti di ruang lif, kawasan lobi dan setiap tingkat bangunan hotel.
Menurut laporan portal The New York Times, normal baharu di hotel selepas ini akan mengamalkan kaedah daftar masuk tanpa sentuhan (mungkin melalui aplikasi telefon pintar), perkhidmatan bilik tanpa hubungan, dan penutup pintu yang menunjukkan bilik belum dimasuki sejak pembersihan terakhir.
Lebih memilih untuk ke homestay dan sewa bilik ‘Airbnb’
Sesetengah orang mungkin merasa terganggu apabila memikirkan tempat penginapan mereka pernah dihuni oleh pengunjung lain sebelum ini.
Di rumah atau tempat tinggal, anda akan dikelilingi oleh jumlah penghuni yang kurang sedikit berbanding berada di hotel atau resort, yang juga bermaksud anda kurang terdedah dengan kuman.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Airbnb, Brian Chesky perkhidmatan menerusi Airbnb selepas ini akan mengamalkan satu panduan pembersihan baharu yang lebih ketat buat pemilik bilik, rumah atau homestay.
“Ia termasuk kepada tempoh menunggu minimum 24 jam di antara tempahan sebelum dengan tempahan yang bakal dibuat.
“Ciri-ciri penyenaraian bilik yang baru akan menunjukkan bahawa tidak ada tetamu yang menyewa bilik sewaan 72 jam sebelum ketibaan tetamu,” katanya.
Orang ramai mula menghargai keindahan semulajadi
Bersiap sedialah pencinta alam semulajadi sekalian, selepas ini para pelancong pastinya akan menyerbu ke tempat seperti taman-taman negara, hutan simpan, gunung, pantai, dan tempat-tempat lain dimana orang ramai tidak ditemui.
Memetik kenyataan Presiden dan Ketua Eksekutif Yayasan Taman Negara, Will Shafroth menerusi laporan The New York Times, normal baharu yang bakal terjadi itu termasuklah kepada cara memastikan orang ramai tetap mengamalkan penjarakan sosial meskipun di kawasan hutan.
"Kita harus membuat normal baharu tentang bagaimana perilaku kita satu sama lain di taman negara untuk memastikan wujud ruang (penjarakan)," katanya.
Dia juga menambah bahawa ruang pejalan kaki di sekitar Old Faithful di Taman Negara Yellowstone di Amerika Syarikat mungkin diubah menjadi sehala sebaik ia dibuka semula.
Ini juga bermakna ia boleh menjadi permulaan baharu bagi menjalani aktiviti berkhemah kerana ia merupakan cara terbaik untuk membawa seseorang ke dunia luar sekali gus melupakan seketika kesibukan kerja di rumah.
Destinasi pelancongan kesihatan jadi tumpuan
Kesihatan menjadi keutamaan orang ramai. Jadi, setelah orang ramai mula muak untuk berada di dalam rumah, kemungkinan industri pelancongan kesihatan (wellness tourism) akan menunjukkan permintaan tinggi selepas ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Intrepid Travel, James Thornton menjelaskan kepada portal Times, "jika tahun 2020 terbukti menjadi tahun kita menghabiskan banyak waktu di dalam rumah, 2021 akan menjadi tahun yang dipenuhi dengan aktiviti luar rumah seperti berbasikal, rentas desa dan aktiviti menenangkan minda.
“Saya dapat melihat aktiviti berkanu, ski, memancing, dan tempat beristirahat di hutan belantara akan menjadi pilihan orang ramai berbanding daripada resort mewah dan percutian di atas kapal mewah.
“Masih belum dapat dilihat bagaimana industri pelancongan pasca wabak, tetapi ini adalah ramalan yang munasabah,” kata Thornton lagi.
Secara umum, kesemua yang disenaraikan ini merupakan bayangan yang diramalkan oleh penggiat industri pelancongan yang menjangkakan bahawa kesemua normal baharu ini adalah perkara yang perlu diterapkan dalam diri setiap orang lebih-lebih lagi mereka yang gemar untuk melancong.
Faris Danial Razi
Wed May 20 2020

Industri pelancongan menjadi salah satu sektor yang paling teruk terjejas akibat COVID-19. - Gambar AFP

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Airbnb haramkan pemasangan CCTV di unit sewaan bermula 30 April
Ia kini diharamkan penggunaannya sama sekali di keseluruhan unit bagi menjaga privasi penyewa.

Bilik hotel kurang, benar AirBNB operasi: MBI sedia bincang dengan MyBHA
Pertemuan itu juga penting dalam memberi pencerahan berhubung isu kekurangan bilik hotel bagi menampung pengunjung ke Ipoh.

Airbnb keluarkan akaun pengendali inap desa didakwa sembunyi kamera dalam soket dinding
Airbnb berkata, pihaknya melarang perbuatan sedemikian serta kecewa apabila mendengar insiden seperti itu berlaku.

MOTAC jalankan penyelidikan perkukuh garis panduan industri pelancongan
MOTAC memaklumkan, tindakan itu bertujuan membangunkan industri pelancongan yang mampan memandangkan ia merupakan salah satu kuasa utama dalam ekonomi negara.

Wanita Malaysia jana lebih RM176 juta pada 2022 sebagai hos - Airbnb
Airbnb berkata wanita Malaysia secara kolektif memperoleh lebih RM176 juta pada 2022 dengan membenarkan hartanah mereka dibuka kepada tetamu sebagai rumah inap dan merasai pengalaman jangka pendek.

Bagaimana untuk 'eat well and spend less' ketika cuti inap - Edisi snek
Inap desa tidak menyediakan sajian makan pagi, sebaliknya anda sendiri perlu masak kerana terdapat fasiliti seperti dapur disediakan.

Airbnb sediakan tempat tinggal percuma buat 20,000 pelarian Afghanistan
Menurut CEO Airbnb Brian Chesky, inisiatif tersebut akan dibiayai oleh syarikat perkhidmatan penyewaan itu.

Rumah agam Shah Rukh Khan dijadikan rumah penginapan
Rumah agam milik aktor ternama Bollywood, Shah Rukh Khan dan pasangannya Gauri di New Delhi, India bakal dijadikan rumah penginapan.

Kerajaan akan seragam segera peraturan, cukai hotel dan Airbnb
Katanya, tidak dinafikan, pemain industri hotel menanggung beban kesan pandemik COVID-19 lebih tinggi berbanding Airbnb yang tidak terikat dengan mana-mana peraturan.

Airbnb syor insentif pelancongan diperluas kepada hos STRA
Airbnb memuji tindakan kerajaan Malaysia melaksanakan beberapa insentif khusus di bawah pakej rangsangan ekonomi.