PELOPOR dan pemilik kosmetik Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Vida pernah menjadi mangsa.
Kini, 'wabak' akaun palsu yang menawarkan pemberian beg tangan berjenama berjangkit pula kepada Safiey Ilias.
Safiey yang menjadi perhatian selepas penghijrahannya daripada dunia mak nyah untuk menjalani kehidupan normal sebagai seorang lelaki, dikatakan ingin memberikan beg-beg tangan berjenama yang dimiliki kepada orang ramai melalui satu akaun Facebook.
Syaratnya? Klik butang 'like' di akaun tersebut dan kongsikan status berkenaan.
Kerana itu, status berkenaan kini dikongsi lebih 120,000 pengguna Facebook.
Namun Safiey, melalui akaun Facebook peribadinya menafikan status itu dimuat naiknya.
Akaun Facebook tersebut juga bukan miliknya, kata Safiey.
Safiey juga menjelaskan buat masa ini, dia hanya memiliki satu akaun Facebook peribadi.
Dia juga tidak bertanggungjawab atas sebarang penipuan yang menggunakan namanya.
Madiha Abdullah
Tue Apr 26 2016
Status yang kononnya dimuat naik Safiey itu sudah dikongsi lebih 100,000 pengguna.Foto/Facebook
Pegawai CIA ditahan di Kemboja
Seorang pegawai Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) yang ditahan di Kemboja kerana membocorkan maklumat sensitif mengenai rancangan ketenteraan Israel terhadap Iran telah didakwa di mahkamah Amerika Syarikat, lapor media asing.
Iran akan bertindak balas terhadap sebarang resolusi IAEA
Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran Mohammad Eslami memberi amaran bahawa sebarang resolusi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) terhadap Iran akan mendapat respons segera.
Kualiti udara di ibu negara India kekal paras sangat tidak sihat
Kualiti udara di ibu negara India, New Delhi kekal pada paras sangat tidak sihat pada Khamis ketika kabus asap yang tebal menyelubungi negeri-negeri di utara.
Filipina dalam tahap berwaspada tertinggi
Filipina meningkatkan amaran taufan pada tahap tertinggi dan memindahkan ribuan penduduk pada Khamis, apabila Taufan Super Usagi menghampiri utara negara itu, yang baharu sahaja dilanda ribut tropika.
Mangsa bakal dipindah, Gibran gesa kebajikan mangsa dijaga rapi
Dalam tinjauannya itu, Gibran turut mengadakan pertemuan dengan pengawai tempatan dan menggesa supaya pengurusan pemindahan mangsa ke tempat yang baru dilakukan dengan lebih sistematik.
Malaysia tawar dua biasiswa kepada pelajar Peru
Malaysia menawarkan dua biasiswa kepada pelajar Peru untuk melanjutkan pengajian di Malaysia tahun depan.
PM Anwar ucap takziah kepada Sheikh Al-Azhar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif (Sheikh Al-Azhar) Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb atas pemergian kakak beliau semalam.
Tema selaras tema 'keterangkuman dan kelestarian' ASEAN 2025
Tema Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-31 (AELW) 2024, “Empower, Include, Grow”, selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kelestarian" yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan.
Thailand muktamadkan kos bulan depan
Kerajaan Thailand dijangka akan memuktamadkan kos dan reka bentuk jambatan berkembar iaitu Jambatan Muhibbah yang merentasi Sungai Golok-Rantau Panjang pada 16 Dis ini.
AMIL, ejen dilantik hanya terpakai di negeri di bawah MAIN
Hukum lantikan atau tauliah yang diberikan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) kepada mana-mana individu atau organisasi sebagai amil atau ejen zakat adalah sah di sisi hukum syarak, namun hanya terpakai di negeri di bawah bidang kuasa MAIN.
Polis tumpaskan kegiatan seludup kasut, beg tangan bernilai lebih RM3 juta
Kasut pelbagai jenama seperti Nike dan Adidas serta 1,866 unit beg tangan dengan jenama seperti LV, Chanel, Coach yang disyaki diseludup dari Thailand ditemukan.
Polis tumpas sindiket curi, jual semula beg tangan jenama mewah
Polis telah membuat serbuan di sebuah rumah di Salak Selatan dan menahan tiga individu berusia lingkungan 28 hingga 30 tahun.
Pelanggan China dipukul dalam butik, Balenciaga mohon maaf
Balenciaga mengeluarkan kenyataan maaf selepas insiden seorang pelanggan China dipukul di sebuah butiknya di Paris menjadi viral.
Safiey Ilias nafi mahu beri beg tangan berjenama secara percuma
Safiey juga menjelaskan buat masa ini, dia hanya memiliki satu akaun Facebook, iaitu akaun Facebook peribadinya.