Sah! Keputusan yang diumumkan sebentar tadi oleh penganjur 'Fjällräven Polar 2018' telah melayakkan Rizal Khalif selaku peserta Malaysia pertama untuk menyertai ekspedisi di Artik pada April tahun depan.
Beliau meraih undi sebanyak 6613 undian menewaskan pesaing terdekat Candice Lee dan Imran Idris yang juga merupakan rakyat Malaysia, masing-masing mendapat 5,212 dan 5,189 undian.
Menurut Rizal, proses untuk meraih undian adalah sukar apabila terpaksa bersaing dengan peserta yang jauh lebih muda darinya.
"Pada usia 42 tahun, kebanyakkan rakan-rakan saya tidak menggunakan Facebook. Saya perlu menyebarkan maklumat melalui agar ia tular di media sosial.
"Saya sangat teruja apabila rakan-rakan, sanak saudara, bekas-bekas alumni serta orang luar yang tidak dikenali berhempas pulas untuk membantu beliau meraih undian," katanya semasa dihubungi Astro AWANI melalui WhatsApp, hari ini.
Di dalam cabaran 'Fjällräven Polar', para peserta akan dikehendaki untuk memandu kereta luncur salji anjing dengan sendirinya merentasi hutan gunung bersalji.
Perjalanan yang bermula di pinggir Fjord Norway di Signaldalen dan berakhir di kawasan Jukkasjärvi di Lapland, Sweden.
Sejumlah 20 peserta dari seluruh dunia yang dibahagikan kepada 10 wilayah bakal menyertai ekpedisi selama seminggu.
Nursyazwani Saiful Sham, Amirul Awaludin
Fri Dec 15 2017

Rizal Khalif berjaya menempa nama sebagai pengendali Malaysia pertama kereta luncur salji anjing. - Foto: Rizal Khalif
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sah! Rizal Khalif pengendali Malaysia pertama kereta luncur salji anjing
Sah! Keputusan yang diumumkan sebentar tadi oleh penganjur 'Fjllrven Polar 2018' telah melayakkan Rizal Khalif selaku peserta melayu pertama menyertai ekspedisi ini.