Betulkah Sutan Puasa, seorang saudagar Mandailing, pengasas sebenar Kuala Lumpur?
Kenyataan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim pada beberapa wacana intelektual tahun lepas bahawa "pengasas Kuala Lumpur ialah Sutan Puasa, dari Mandailing", menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai kerana sejarah Malaysia menyebut bahawa Yap Ah Loy, seorang Kapitan China, adalah pengasas bandar raya ini.
Bagaimanapun, sebuah buku yang diterbitkan baru-baru ini berjudul "Sutan Puasa Founder of Kuala Lumpur" karangan Abdur-Razzaq Lubis, mendedahkan maklumat baharu tentang sejarah Kuala Lumpur.
Terry McGee, Profesor Emeritus Penyelidikan dan Geografi Asia dari University of British Columbia, Vancouver, Kanada, dalam prakatanya menyebut bahawa buku itu "memberi interpretasi baharu tentang sejarah awal ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, dan daerah pedalamannya.
McGee, yang telah banyak membuat penyelidikan tentang proses perbandaran orang Melayu di Kuala Lumpur dan Semenanjung Tanah Melayu pada 1960-an untuk pengajian peringkat Ph.D, berkata buku itu, yang memberi fokus terhadap peranan Sutan Puasa semasa era awal aktiviti melombong bijih timah di Kuala Lumpur pada pertengahan kurun ke-19, mencetuskan minatnya tentang perkara ini.
"(Abdur Razzaq) Lubis memberi jawapan meyakinkan terhadap dua persoalan yang kelihatan mudah untuk diselesaikan itu. Pertama, siapakah sebenarnya yang mengasaskan Kuala Lumpur dan kedua, adakah catatan sejarah yang ada sekarang tentang pembukaan Kuala Lumpur, benar-benar tepat?" katanya.
McGee juga berkata pengarang buku itu telah membuat kajian teliti untuk memberi maklumat sebagai asas untuk dibuat pentafsiran semula tentang sejarah, yang diperlukan semua negara, serta mengemukakan untuk perbahasan suatu tempoh peralihan dalam sejarah Asia Tenggara sebelum pemerintahan penjajah mewujudkan sempadan tetap bagi kebanyakan negara.
Katanya, pengarang buku itu juga mengaku bahawa idea berhubung orang Melayu pada kurun ke-19 bukan sahaja meliputi kesultanan berasaskan kedudukan sungai di pantai timur, tetapi juga tentang masyarakat pendatang dari Indonesia yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu.
Tulisan Abdur Razzaq dalam buku setebal 615 muka surat itu, yang turut memuatkan peta dan gambar lama Kuala Lumpur, bermula dengan bab bertajuk "The Naming of Kuala Lumpur", yang antara lain menyentuh tentang Sungai Lumpur dan Pangkalan Lumpur, dua nama yang sering digunakan dalam dokumen lama.
Dalam Bab Dua pula, beliau menyentuh tentang beberapa nama yang disebut sebagai pengasas Kuala Lumpur oleh pelbagai tokoh dan penulis, termasuk Yap Ah Loy, Kapitan pertama China Hiu Siew dan Raja Abdullah, yang merupakan Orang Besar Jajahan Klang.
Mulai Bab Tiga, beliau menyentuh tentang peranan Sutan Puasa dan orang Mandailing pada zaman awal kewujudan Kuala Lumpur.
Buku berkenaan, antara yang mencatat jualan terlaris di Books Kinokuniya sejak tiga minggu lepas, akan dilancarkan Ratu Jazz Malaysia Datuk Sheila Majid, daripada keturunan Sutan Puasa, pada 7 April di Ilham Gallery, di sini.
Abdur Razzaq juga akan mengambil bahagian pada sesi perbincangan panel bersama-sama pengerusi Majlis Antarabangsa Tugu Peringatan dan Tapak (Icomos) Malaysia serta pengerusi Majlis Warisan Negara Datuk Dr Hajeedar Abdul Majid tentang buku itu di Galeri Petronas pada 10 pagi 8 April bersempena Art for All - Art Fair 2018, sebelum menuju ke Books Kinokuniya untuk menghadiri sesi "Bertemu Pengarang dan Menandatangani Buku" pada 3 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 01 2018
sebuah buku yang diterbitkan baru-baru ini berjudul "Sutan Puasa Founder of Kuala Lumpur" karangan Abdur-Razzaq Lubis, mendedahkan maklumat baharu tentang sejarah Kuala Lumpur. - Foto arecabooks.com
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Pos Malaysia keluar setem khas kenang Prof Khoo, Ungku Aziz, Rashdan Baba
Pos Malaysia memperkenalkan setem khas bagi mengenang sumbangan Cendiakawan di Malaysia.
Khoo Kay Kim simbol semangat perpaduan Malaysia sebenar - Sultan Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan mendiang Prof. Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sebagai simbol semangat perpaduan Malaysia yang sebenar.
Sinergi Johor Civil Service kelebihan buat PH Johor
Tradisi dari sejarah lama ini telah terbukti berjaya diterjemahkan hingga menjadikan Johor antara negeri termaju diantara negeri-negeri Selat yang lain ketika itu.
Ceritalah ASEAN: Sejarawan - Arkitek memori yang kita kongsi bersama
Sejarah tidak akan boleh objektif kerana seperti apa saja bentuk penceritaan, akan sentiasa ada seorang penulis atau pengkisah yang memilih, mengedit dan menggubah bahan sumber.
Mayat mendiang Khoo Kay Kim selamat disemadikan
Mayat sejarawan negara dan tokoh akademik, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim selamat disemadikan di Nirvana Memorial Park Shah Alam pagi tadi.
Mendiang Khoo Kay Kim dikebumi Sabtu ini
Sejarawan negara dan tokoh akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang meninggal dunia akibat masalah paru-paru dibawa ke Nirvana Memorial Park Sungai Besi, bagi upacara penghormatan.
Sumbangan Kay Kim gubal Rukun Negara akan dikenang - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan sumbangan besar tokoh sejarawan dan ahli akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim akan terus dikenang.
Sejarawan Khoo Kay Kim antara 7 individu terima Anugerah Merdeka 2018
Beliau merupakan penerima bersama dalam kategori pencapaian skolastik cemerlang kerana sumbangan gemilangnya terhadap penyelidikan sarjana, dan penyusunan interpretasi semula sejarah Malaysia.
Saudagar Mandailing, Sutan Puasa pengasas Kuala Lumpur?
Betulkah Sutan Puasa, seorang saudagar Mandailing, pengasas sebenar Kuala Lumpur?
'Pentadbiran British suatu ketika dahulu teratur, rasuah jarang berlaku' - Khoo Kay Kim
Wartawan Astro AWANI, Asyraf Hasnan dan Nizam Bakeri menemubual Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim untuk merungkai kegemilangan Malaysia.