Peminat bola sepak tempatan umumnya mengetahui tentang kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada musim 2015, terutama sekali berhubung isu perbelanjaan pasukan yang didakwa tidak diurus dengan baik.
Akaun Instagram rasmi pasukan Kelantan semalam memuat naik petikan kata-kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, yang menawarkan sesiapa yang berkemampuan untuk tampil ke hadapan untuk memimpin persatuan tersebut.
Penyokong kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan menyebut nama Datuk Seri Vida.
Antara komen di akaun Instagram rasmi pasukan Kelantan.
BACA: Tweet Fizo: Vida tak kisah, telan semua kritikan
BACA: Gegar Vaganza 2: Vida tak menyesal guna kuasa imuniti pada Acong
Ia menggambarkan keyakinan penyokong pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) itu yang melihat Datuk Seri Vida sebagai figura yang berkemampuan memulihkan 'poket' KAFA.
Ia bukan satu perkara yang pelik memandangkan beliau merupakan antara ahli perniagaan yang cukup berjaya di Kelantan.
Selain Gegar Vaganza, beliau pernah menaja Anugerah Juara Lagu dan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan.
Datuk Seri Vida, atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn.Bhd. yang mengasaskan beberapa produk kosmetik, antaranya Qu Puteh dan jus Pamoga.