Thailand dijangka akan mengalami cuaca sejuk apabila suhu diramal menurun antara 14 sehingga 16 darjah Celsius pada bulan Disember dan Januari di utara dan timur laut.
Jabatan Meteorologi Thailand dalam satu kenyataan berkata musim sejuk di negara itu dijangka bermula pada pertengahan Oktober dan berakhir pertengahan Februari tahun depan.
"Suhu minimum di sekitar utara Thailand dijangka antara 20 hingga 21 darjah Celsius dan lebih sejuk berbanding tahun lepas.
"Suhu minimum yang melampau adalah di antara 7 hingga 8 darjah Celsius yang berada di sekitar bahagian utara dan timur laut manakala di Bangkok, suhu boleh mencecah sehingga 15 dan 17 darjah Celsius.
"Cuaca yang lebih sejuk dijangka bermula pada separuh kedua bulan Disember hingga akhir Januari," katanya.
Jabatan Meteorologi itu berkata bagi kawasan pergunungan dan puncaknya, cuaca akan menjadi terlalu sejuk sehingga membentuk fros.
Sementara itu, di selatan Thailand, jabatan itu berkata cuaca sejuk boleh berlaku di beberapa kawasan pada hari-hari tertentu, kebanyakannya di bahagian bahagian utara.
Bagaimanapun katanya lebih banyak hujan dijangka di pantai timur dari wilayah Chumphon terutamanya pada bulan November dan Disember.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 10 2019
Suhu boleh mencecah sehingga 15 dan 17 darjah Celsius di Bangkok! - Gambar fail
Jangkaan pasangan bernikah berkurangan
Dianggarkan lebih 300 pasangan dari Malaysia, khususnya Kelantan melangsungkan pernikahan mereka di selatan Thailand, melalui Islam Narathiwat tahun lepas.
Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara lima tahun, satu sebatan
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Nikah luar negara, Imam mengaku tidak bersalah
Seorang imam masjid, Mohd Isa Abdul Karim, 53 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah keseluruhan RM26,300.
Mahkamah Narathiwat jamin keputusan prosiding dipercepatkan
Hakim Mahkamah Narathiwat Yuan Khao Kham beri jaminan prosiding enam rakyat Malaysia yang dihadapkan dengan pertuduhan dadah dan imigresen di Thailand akan dijalankan secara pantas.
MARii lantik Aminar Rashid pengerusi baharu lembaga pengarah
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia(MARii) mengumumkan pelantikan Datuk Dr Aminar Rashid sebagai pengerusi ahli lembaga pengarahnya yang baharu.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).
MOT terus bekerjasama dengan SPRM banteras isu integriti
MOT akan terus bekerjasama dengan SPRM bagi membanteras isu integriti melibatkan kenderaan yang tidak mematuhi standard yang diluluskan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
#AWANInews
#AWANInews
MOT sedang menilai syarikat lain untuk lesen pemeriksaan kenderaan
Kementerian Pengangkutan sedang menilai permohonan syarikat lain untuk diberikan lesen untuk melaksanakan fungsi pemeriksaan berkala kenderaan bermotor secara bertauliah. #AWANInews
MAVCOM jangka trafik penumpang udara kembali kepada waktu pra-COVID
Trafik penumpang udara Malaysia dijangka akan mencapai di antara 105.8 juta hingga 112.9 juta tahun ini dan pergerakan penumpang akan kembali kepada waktu sebelum penularan COVID-19.
#AWANInews
#AWANInews
COVID-19: Thailand rekod dua kes baharu, satu kematian
Thailand melaporkan dua kes baharu COVID-19 dan satu kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlahnya kepada 3,042 kes dan 57 kematian, sejak wabak itu melanda pada Januari.
Thailand alami cuaca sejuk bulan Disember, Januari
Thailand dijangka akan mengalami cuaca sejuk apabila suhu diramal menurun antara 14 sehingga 16 darjah Celsius pada bulan Disember dan Januari di utara dan timur laut.
Disangka lelaki, wanita lahirkan bayi sambil berdiri tanpa bantuan
Wanita berkenaan dilihat memegang anaknya yang masih bertali pusat itu setelah melahirkannya dalam keadaan berdiri tanpa bantuan sesiapa.