"Tak boleh tak balik. Mesti balik. Tak meriah raya kalau tak balik!" Spontan penulis mendapat jawapan ini bila mengajukan soalan kepada seorang sahabat. Untungnya sahabat ini dan suaminya berasal dari negeri yang sama.
Sering 'balik kampung' menjadi isu besar bagi pasangan suami isteri sedangkan ia boleh diselesaikan dengan secara berhemah dan bertolak ansur.
Sememangnya balik kampung tidak semestinya menjadi isu sehingga hendak bercerai-berai seperti yang dikongsi penjawat awam, Ainul Huda dengan penulis.
Tahun ini beliau beraya di rumah mentuanya di Alor Setar setelah dua tahun beraya di rumah ibu bapa sendiri di Shah Alam, Selangor kerana "masih dalam pantang."
Beliau dan suami juga mengambil langkah bijak dengan bercuti lebih awal, bukan sahaja untuk berpuasa di kampung tetapi juga untuk mengelakkan kesesakan.
SELAGI ADA KAMPUNG
Saban tahun menjelang hari raya, warga perantau di bandar atau kota besar, sama ada yang sudah berkeluarga atau masih bujang pasti 'balik kampung'. Tidak kisahlah jika terpaksa mengharungi kesesakan lebuh raya atau jalan raya.
Bagi kebanyakannya, berbaloi menghabiskan masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi yang dituju apabila dapat meraikan lebaran bersama ibu dan ayah serta keluarga dan saudara-mara.
Kalau yang balik kampung tu, cuba-cubalah simpan jauh-jauh gajet-gajet yang biasanya senantiasa ada di tangan. Banyakkan berbual dengan emak ayah, adik-beradik, sanak saudara dan jiran tetangga.
Jangan pula nanti asyik menghadap gajet sehingga hati orang di sekeliling terluka, sudahlah susah hendak bersua muka.
KENANGAN KAMPUNG
Apa pun beruntunglah untuk mereka yang masih ada kampung. Penulis sendiri sekadar berkongsi kegembiraan dan kemeriahan balik kampung kerana tidak ada lagi kampung untuk dituju.
Kenangan penulis tentang kampung sendiri amat terhad, hanya ada kampung datuk dan nenek sebelah emak yang terletak di Sg Plong, Selangor.
Masih penulis ingat rumah berpapan warna hitam dan bertiang terletak berhadapan jalan besar. Ada anjung dan sebuah bilik. Untuk ke dapur ada tangga kecil yang berlantaikan tanah dan pada masa itu kami menggunakan kayu dan ranting dan kebanyakannya diambil dari ladang getah yang terletak di seberang jalan. Lampu pelita yang menggunakan minyak tanah menghasilkan jelaga yakni asap hitam.
Di samping perigi di tepi rumah, kami juga mendapatkan bekalan air dari telaga yang terletak di celah-celah pokok rumbia yang daunnya dibuat atap rumah. Banyak anak berudu dalam air yang jernih.
TREND BALIK KAMPUNG MUNGKIN BERUBAH
Tradisi balik kampung ini dapat bertahan kerana ramai warga kota mempunyai emak dan ayah serta kaum keluarga di kampung. Seandainya mereka itu sudah tiada lagi, kebarangkalian tradisi ini akan pupus dengan sendirinya.
Ini ditambah dengan laporan 85 peratus daripada negara ini akan menjadi kawasan perbandaran menjelang 2040 dan jumlah penduduk bandar juga meningkat pada masa depan.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dipetik sebagai berkata, keadaan sebaliknya akan berlaku apabila orang ramai datang ke bandar kerana kebanyakan penduduk berhijrah dan tinggal di bandar.
Bagi yang masih ada kampung cubalah pertahankan rumah di kampung seandainya orang tua sudah tiada, sekurang-kurangnya rumah yang diwarisi masih boleh menjadi kenangan dan dihargai generasi akan datang.
Cumanya selagi tradisi ini diteruskan, mereka yang balik kampung perlu merancang bukan sahaja perbelanjaan tetapi juga perjalanan mereka.
Beringat dan berwaspada. Jangan jadikan lebuh raya atau jalan raya litar lumba. Ingatlah kelajuan boleh membunuh! Tabiat suka memotong kenderaan lain juga boleh membunuh! Jangan nanti apa yang dirancang penuh kegembiraan menjadi kedukaan dan sesal sepanjang hayat.
Masih ingat kemalangan ngeri yang menyebabkan lapan orang termasuk enam beranak rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, Negri Sembilan pada 11 Jun lalu.
Kemalangan yang melibatkan empat kenderaan itu dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu treler yang cuba memotong kenderaan di hadapannya tetapi gagal.
JANGAN KUMPUL SAMAN
Meskipun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan sistem mata demerit di bawah Sistem Kesedaran Automatik (Awas) dengan menyenaraikan 23 kesalahan lalu lintas pada akhir tahun, dua kesalahan iaitu melanggar arahan lampu isyarat dan memandu melebihi had laju dikuatkuasakan bermula 15 April lepas.
Awas adalah gabungan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara). Penguatkuasaannya adalah untuk menyedarkan pengguna jalan raya diharap dapat mematuhi peraturan jalan raya dan tidak menjadi statistik kemalangan.
Bagi Ops Selamat 11/2017 yang bermula pada 18 Jun hingga 2 Julai ini iaitu sempena Hari Raya Aidilfitri tema yang digunakan tahun ini ialah "Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi".
Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan menggunakan kamera Intelligent Compound Online Payment System (iCOPS) bagi memantapkan keberkesanan operasi.
Ops Perangkap Had Laju juga akan dilaksanakan di kawasan yang kerap berlaku kemalangan dan antara kesalahan utama pemandu ialah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar dan menggunakan telefon bimbit.
Untuk itu, yang akan balik kampung berhati-hatilah jangan sampai terperangkap! Ingat keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. Selamat Menyambut Aidilfitri untuk semua!
Bernama
Thu Jun 22 2017
Kepada yang pulang ke kampung dengan kenderaan sendiri, berhati-hatilah ketika memandu. - Gambar hiasan
Dua lelaki warga emas maut langgar pembahagi Plaza Tol Sungai Besi
Dua lelaki warga emas maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini menghala Seremban, awal pagi Selasa.
Inisiatif PAKW perkukuh keberkesanan bantuan kerajaan
Pengukuran Anggaran Kualiti Wajar (PAKW) oleh DOSM membantu kerajaan menyampaikan bantuan lebih bersasar, memastikan rakyat mendapat akses keperluan asas dan meningkatkan kualiti hidup serta mobiliti sosial golongan berpendapatan rendah.
Sudah tiba masa Institut Integriti Malaysia luaskan peranannya
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof Institut Integriti Malaysia (IIM) perlu memperkukuhkan kedudukannya sebagai pusat rujukan utama dalam soal integriti di peringkat nasional. #AWANInews
Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan
Kegunaan dron dapat menangani masalah penyeludupan termasuk dadah, barang kawalan dan barang-barang tidak sah yang keluar masuk dari Kelantan.
Aksi tertunda Perak, JDT diubah ke Stadium Sultan Ibrahim
Perak telah diminta untuk menamakan venue alternatif, berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi itu.
AWANI Ringkas: PM di Shanghai hadiri CIIE ke-7
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan kegiatan seludup kasut, beg tangan bernilai lebih RM3 juta
Kasut pelbagai jenama seperti Nike dan Adidas serta 1,866 unit beg tangan dengan jenama seperti LV, Chanel, Coach yang disyaki diseludup dari Thailand ditemukan.
Perubahan skop kerja mungkin ada 'variation' dari segi harga - TPM
Timbalan Perdana Menteri menjelaskan bahawa sekiranya berlaku perubahan skop kerja yang terpaksa dibuat disebabkan kedudukan tanah di tapak pembinaan tidak sesuai, ianya mungkin akan memberi kesan kepada kos. Beliau menambah bahawa sekiranya itu berlaku, permohonan peruntukan tambahan akan dibuat kepada Kementerian Ekonomi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Teknologi AI dan 'big data' memang sudah terangkum dalam JPS - TPM
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa bertanyakan soalan tambahan berkenaan apakah persediaan kerajaan dalam mengaplikasikan teknologi AI dan data raya dalam mengatasi masalah banjir? Timbalan Perdana Menteri memberi jawapan bahawa kedua-dua teknologi ini sememangnya terangkum dalam perancangan dan pelaksanaan oleh JPS termasuk membangunkan 'forecast operation system'.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Proses pengambilan tanah dan pengalihan utiliti punca kelewatan projek
Timbalan Perdana Menteri dan juga selaku Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menjawab bagi permasalahan kelewatan projek tebatan banjir yang ditanyakan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. Beliau memberi jawapan bahawa punca utama bagi kelewatan beberapa projek RTB adalah kerana proses pengambilan tanah yang lewat disebabkan keadaan tanah di tapak projek tidak bersesuaian.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.