Selepas Keke Challenge dan Momo Challenge, pasti umum mengharapkan trend cabaran yang disifatkan merepek itu dihentikan.
Namun, sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai Tindan Challenge yang memerlukan empat orang atau lebih untuk duduk, sandar, berdiri dan membongkok di atas badan antara satu sama lain.
Netizen mula memuat naik foto dan video mereka lakukan formasi yang dikatakan paling mencabar ini di platform media sosial.
Antara yang menolak cabaran ini adalah Pakar Bedah Ortopedik, Dr Mahyuddin Mohamed yang memberi bayangan ada beberapa kemungkinan sekiranya berlaku kemalangan ketika melakukan aksi ini.
“Sekiranya anda atau anak-anak ada terjatuh (ketika melakukan Tindan Challenge), anda berisiko untuk alami tulang patah, kecederaan saraf tunjang, kelumpuhan, sendi terkehel dan skoliosis.
“Tulang kanak-kanak jika tidak patah sekali pun masih berkemungkinan membengkok akibat tular lentur (greenstick fracture).
“Tulang mereka juga boleh membengkok dan memendek sekiranya terdapat kecederaan pada kawasan penumbuhan tulang (epiphyseal plate injury),” jelasnya menerusi ruangan entri di Facebook peribadinya.
Katanya lagi, cabaran yang sebegini tidak perlu ditiru kerana sekiranya berlaku kemalangan seperti lumpuh, anda akan merana sepanjang hayat.
BACA: Keke Challenge: Jangan abai keselamatan diri
BACA: Awas! Momo Challenge dikatakan galak kanak-kanak bunuh diri
Nursyazwani Saiful Sham
Sat Dec 29 2018
Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial mengenai Tindan Challenge yang memerlukan empat orang atau lebih duduk, sandar, berdiri dan membongkok di atas badan antara satu sama lain. Foto: Media sosial
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
'Tindan Challenge' boleh buat anda merana sepanjang hayat!
Antara yang menolak cabaran ini adalah Pakar Bedah Ortopedik, Dr Mahyuddin Mohamed yang memberi bayangan ada beberapa kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya berlaku kemalangan semasa melakukannya.