Halangan atas paras lutut kini tidak menjadi masalah bagi orang kurang upaya (OKU) penglihatan dengan penggunaan tongkat pintar.
Tongkat pintar yang diberi nama Bawa Cane direka oleh Daniel Vong, 24 tahun, seorang jurutera muda berasal dari Kuching, Sarawak.
Daniel bersama adiknya, Stella terdorong mencipta Bawa Cane kerana mahu membantu mendiang nenek mereka yang hilang daya penglihatan yang berpunca dari glaukoma dan tekanan darah tinggi pada tahun Mei 2015.
Menurut Vong, tongkat tradisional yang pernah digunakan oleh nenek mereka tidak mampu mengesan halangan atas paras lutut yang menimbulkan pelbagai masalah.
Bawa Cane dilengkapkan pengesan berasaskan teknologi Internet of Things (IOT) atau objek rangkaian Internet yang menggunakan telefon pintar sebagai alat pengantara dan pengesan isyarat.
"Bawa Cane merupakan peralatan IOT yang memaparkan hardware istimewa yang dipasang pada tongkat putih yang sedia ada untuk mengesan persekitaran," kata Vong.
Penggunaannya mudah, pengguna hanya perlu menghidupkan perkakasan di tongkat untuk ia mula berfungsi.
"Ciptaan ini boleh dihubungkan terus ke telefon bimbit dan jam pintar setiap pengguna," kata Vong.
Menurut Vong yang mendapat bantuan adiknya, Stella untuk ciptaan tersebut turut berkata, pengguna tidak perlu bimbang tentang haluan mereka di tempat baharu kerana Bawa Cane dilengkapi dengan perisian Big Daya Analytics (BDA) yang dapat membantu mereka berdepan halangan di sepanjang laluan mereka.
Setakat ini, Bawa Cane sudah mula mendapat perhatian pengedar antarabangsa termasuk Jerman, Hong Kong dan Singapura.
Usaha juga sedang dijalankan untuk penglibatan syarikat korporat untuk menggerakkan pengeluaran secara besar-besaran.
Bawa Cane dijual pada harga AS$699 (RM2,800).
"Kami sedang berusaha untuk mencari syarikat korporat yang berminat dalam misi yang sama dan ingin melakukan CSR dengan kerjasama daripada mereka. Kami akan dapat menurunkan harga Bawa Cane jika mereka dapat menaja Bawa Cane untuk mereka yang memerlukannya," kata Vong.
Produk Bawa Cane yang telah didaftar dan menerima hak milik paten pada tahun 2016 kini terpilih menyertai program syarikat permulaan khusus atau startup untuk industri melibatkan IOT dan Fintech di Pualu Pinang.
Anthea Yap
Sat Dec 30 2017
Daniel (tiga, kanan) sedang menunjukkan cara untuk menggunakan 'Bawa Cane. - Gambar Daniel Vong
Facebook Messenger dikemas kini dengan integrasi Siri dan video latar belakang AI
Messenger kini menyokong penyulitan hujung-ke-hujung untuk setiap mesej, telah menerima integrasi chatbot Meta AI, dan baru-baru ini telah menerima peningkatan jumlah pengguna.
Negeri Sembilan saran kenakan bayaran masuk Pusat Ikan Hiasan, Muzium Tentera Darat
Kerajaan Negeri Sembilan berpendapat supaya bayaran berpatutan perlu dikenakan bagi kemasukan ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson dan Muzium Tentera Darat.
Menang Saham 2.0: Misi DDNK terus promosi kepentingan ilmu pelaburan
Menang Saham 2.0 akan memperkenalkan pelabur dan pedagang kepada saham-saham gergasi dunia, membimbing rakyat Malaysia dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak dengan ilmu pasaran yang baharu.
Tabung Haji lantik 37 syarikat sebagai pengelola jemaah haji - Mohd Na'im
Tabung Haji terbuka dalam pemberian Lesen PJH kepada mana-mana syarikat pelancongan yang memohon serta memenuhi kelayakan dan seterusnya melepasi penilaian TH.
Kelantan bentang Belanjawan 2025, defisit RM93.02 juta
Kerajaan Kelantan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.45 bilion dengan anggaran defisit sebanyak RM93.02 juta.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.
Kim Swee tidak sambung kontrak bersama Sabah FC
Aksi pertama pusingan 16 saingan Piala Malaysia menentang PT Athtelic FC pada 23 Nov, merupakan perlawanan terakhir Kim Swee selaku pengendali Sang Badak.
[TERKINI] Johor pertimbang cadangan kerja 4 hari setengah seminggu
Johor sedia pertimbang cadangan perubahan waktu bekerja empat hari setengah seminggu tanpa mengurangkan keseluruhan tempoh jam bekerja bagi sektor awam.
Malaysia, Vietnam sepakat perkasa pelbagai bidang termasuk Grid Kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usahasama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.
"Dah berapa kali 're-time' LPT3 ni?" - Ahli Parlimen Tumpat
Ahli Parlimen Tumpat bertanyakan tentang pembinaan LPT3 yang masih ditangguh sedang pelannya sudah lengkap.
Beliau jugak bertanya adakah ini bukti kegagalan yang sepatutnya tidak berlaku?
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Beliau jugak bertanya adakah ini bukti kegagalan yang sepatutnya tidak berlaku?
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tongkat pintar umpama 'Waze' untuk orang buta
Halangan atas paras lutut kini tidak menjadi masalah bagi orang kurang upaya penglihatan dengan penggunaan tongkat pintar yang dikenali sebagai 'Bawa Cane'.