Video itu memaparkan ujikaji sosial yang ringkas: seorang lelaki berjalan di tengah-tengah bandar lalu ‘mencicirkan’ wang kertas bernilai antara RM10 hingga RM50.
Selepas itu respon masyarakat dirakam, sama ada yang pantas mengambil wang itu untuk dimasukkan ke dalam kocek sendiri atau memanggil dan memberitahu lelaki berkenaan tentang wangnya yang tercicir.
Kebanyakan netizen menyifatkan babak paling mengharukan berada di hujung video.
Selepas dimuat naik Khamis lalu, video tersebut telah meraih lebih 950 ribu tontonan di Facebook dengan 36 ribu perkongsian.