MOTIVASI utama mendorong pelancong Malaysia dan Singapura mengembara adalah makanan.

Itu antara dapatan kajian yang dijalankan portal tempahan penginapan Booking.com.

Antara lain, kajian itu mendedahkan, 80 peratus responden dari Malaysia dan tiga perempat responden dari Singapura menyenaraikan 'mencuba makanan baru' sebagai antara motivasi atau penyebab utama mereka keluar melancong.

Berbanding pelancong dari China dan Taiwan, mereka mengembara untuk merasai pengalaman gaya hidup lebih ringkas.

Manakala pelancong Jepun dan Hong Kong pula memberi jawapan, mahu lari dari persekitaran yang sangat 'demanding' di tempat sendiri sebagai punca mereka keluar melancong.




Sementara itu, pendorong utama bagi pelancong Indonesia, India dan Filipina adalah untuk membuktikan status sosial mereka.

Kajian sekitar Oktober dan November lepas itu membabitkan 53,492 pelancong dari 31 buah negara.