Warga media sosial menyambut baik apabila Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberikan nombor telefonnya di media sosial jika penduduk tempatan melihat sampah yang belum dikutip.

“Kalau kamu nampak ada sampah belum kutip, kamu ‘text’ saya… Saya mahu Selangor bersih,” kata Azmin menerusi Twitter.

Tweet yang dimuat naik pada Selasa kini telah menerima 859 ‘Retweets’ dan 256 ‘Favourites’.



Beberapa minit setelah mesej berkenaan dimuat naik, beberapa pengguna media sosial terus mengadu tentang sampah yang belum dikutip di kawasan mereka:






Ada juga yang berkata bahawa pembuangan sampah adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan dan tugas Azmin Ali sebagai Menteri Besar adalah untuk memberi amaran:


Ada juga yang berkata bahawa pembuangan sampah adalah tanggungjawab semua dan tidak perlu untuk menunggu Azmin:

Namun ada juga yang meluahkan kata-kata sinis:



Azmin memberi masa tiga bula untuk pihak berkuasa tempatan untuk membersihkan semua sampah-sarap di kawasan Selangor.

"Saya telah arahkan semua PBT termasuklah MBPJ dan MBSJ, saya beri mereka tiga bulan, sehingga Disember 2014. Saya mahu semua sampah ini dikutip dan diselesaikan.

"Saya mahu PJ menjadi daerah yang paling bersih di negeri Selangor,” kata Azmin.