Fiverr.com bukanlah satu laman web ‘buat duit’ baru tetapi telah mula dilancarkan sejak Febuari 2010 lagi. Diasaskan oleh Arjun dan Shai Wininger a.k.a Hem Sundar pada tahun 2009, Fiverr adalah satu platform pasaran global dalam talian yang kini boleh didapati di lebih daripada 200 buah negara. Fiverr menjadi platform bagi ‘freelancer’ untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan atau servis mereka kepada pasaran dunia.

Komuniti Fiverr menggelarkan tugasan atau perkhidmatan mereka sebagai ‘gig’ dan sejak tahun 2012, lebih 1.3 juta perkhidmatan atau ‘gigs’ telah dihoskan oleh platform berkenaan. Bayaran upah paling maksima yang boleh dikenakan bagi sesuatu tugasan hanya serendah $5 (USD5) sahaja atau lebih kurang RM15. Dan daripada angka $5 itulah laman web Fiverr.com ini mendapat nama bagi laman web mereka.

Jadi, bagaimana nak buat duit dengan fiverr.com?

Ini salah satu contoh profil pengguna fiverr dari Singapura yang menawarkan ‘gig’atau perkhidmatan alih bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

contoh pengguna fiverr dari Singapura

contoh perkhidmatan di fiverr

Banyak lagi perkhidmatan lain yang boleh ditawarkan bergantung kepada daya kreativiti & yang paling penting adalah permintaan pengguna. Malah jika anda sudah terbiasa dengan fiverr, anda mungkin akan terserempak dengan tawaran ‘gig’ yang tidak masuk akal seperti menulis nama menggunakan spaghetti, servis tulis mesej pada sekeping kertas lalu dimasukkan ke dalam botol, tawaran melukis wajah dalam bentuk karikatur dan banyak lagi! Yang pastinya ‘gig’ pelik yang ditawarkan bukan jenis ‘syok sendiri’ tetapi mendapat sambutan hangat apabila ramai pelanggan sanggup beratur menunggu giliran demi untuk membuat tempahan!

Cuba Sertai Komuniti Fiverr Malaysia!

Bagi menyertai komuniti fiverr tempatan, anda boleh melayari ke www.fiverr.com/gigs/malaysia
Dari komuniti Malaysia ini, anda boleh melihat sendiri tawaran perkhidmatan atau ‘gigs’ menarik yang ditawarkan oleh pengguna tempatan dan juga pengguna antarabangsa.

Mungkin boleh tiru idea Normisyah ini yang menawarkan 5 resipi masakan Malaysia untuk $5 kepada pengguna Fiverr dunia.

Contoh pengguna fiverr tempatan
Tidak perlu idea yang ‘boombastik’ atau terlalu ‘gempak’, mungkin aktiviti harian atau hobi anda sesuai dijadikan satu perkhidmatan untuk ditawarkan kepada jutaan pengguna Fiverr. Cepat perah idea! anda cuma ada 18 hari lagi menjelang satu syawal untuk menjual ‘gig’ anda itu..

Fiverr sejak Disember 2013, turut boleh didapati dalam bentuk aplikasi iOS dan versi Android telah mula diperkenalkan untuk muat turun pada Mac 2014 lalu.