Dalam usaha untuk mencapai kualiti perkhidmatan, Instagram mengambil keputusan untuk memadamkan akaun-akaun palsu dan 'spam' yang membanjiri laman itu.

Tindakan 'pembersihan' itu bertujuan mengurangkan masalah iklan tidak berbayar yang mengambil peluang untuk membanjiri ruangan komen.

Bagaimanapun, tidak semua yang menyukai tindakan tersebut termasuk golongan selebriti.

Instagram mengumumkan untuk membuang akaun palsu sejak minggu lalu.

Seperti dijangka, ia menimbulkan kekecohan di kalangan pengguna yang mana ada yang menerima perubahan ini dan begitu juga sebaliknya.





Tindakan itu juga menyebabkab beberapa selebriti terkemuka kehilangan jumlah pengikut.

Rihanna contohnya kini kurang 1.2 juta pengikut manakala Kim Kardashian hilang 1.3 juta pengikut.