Pengasingan klinik dan farmasi merupakan perbincangan hangat di platform Facebook dan Twitter Astro Awani.
Pelbagai pandangan diberikan orang ramai mengenai isu ini kerana setiap perubahan akan memberi impak kepada pengguna dan ia juga pilihan pengguna untuk ke terus ke farmasi atau klinik.
Ada yang bersetuju kerana ia satu yang positif untuk perkembangan industri farmaseutikal.
Bagi Amir Mahmood Razak, ia merupakan satu pengurusan yang baik buat kerajaan kerana ia dapat mengurangkan penyimpanan stok ubat-ubatan di hospital.
Ia juga boleh memajukan industri perubatan runcit seperti internet mengubah perbankan untuk pelanggan.
Alongmisha pula bersetuju kalau ia dapat menjimatkan kos perubatan dan juga pengguna ada pilihan untuk ke farmasi atau klinik.
Pluviophile pula bersetuju kerana ahli farmasi dapat mempratikkan apa yang dibelajar mereka secara total dan ia juga dapat mengelak doktor daripada menjual ubat-ubatan dengan mahal. Bagaimanapun, farmasi mestilah dibuka 24 jam.
Sementara K-O berasa ia wajar bagi mengekang penjualan ubat sebagai perniagaan tambahan doktor kerana kadangkala preskripsi doktor dan farmasi jauh berbeza.
Bagi yang tidak bersetuju, mereka menganggap ia menyusahkan.
Abdul Malik Murshid yang merupakan seorang doktor tidak bersetuju dengan cadangan itu berdasarkan pengalaman belajar di luar negara, kaedah itu menyusahkan.
Nadia Li, Najib dan Pandaphiler juga menganggap ia satu yang menyusahkan kerana pesakit perlu ke dua destinasi untuk mendapatkan rawatan.
Shahnon Salleh turut berasa ia tidak wajar dan tidak praktikal kepada pengguna melainkan klinik dan farmasi bersebelahan.
Akhir sekali, Jentayu berpendapat ia masih belum wajar dilaksanakan selagi pengamal perubatan tempatan tidak setaraf dengan negara maju yang lain.
Ian Johan Ariff
Tue Feb 24 2015
Ramai tidak setuju pengasingan fungsi klinik dan farmasi.
KADA terima peruntukan RM20 juta baiki infrapertanian terjejas banjir
Khalid berkata antara kerosakan yang dikenal pasti termasuk kerosakan pintu kawalan air di Pasir Mas dan Pasir Puteh.
JPS bina tiga DSK di Melaka libatkan peruntukan RM1.5 juta
Pembinaan DSK itu bertujuan untuk memelihara dan memulihara sungai, selain mengatasi masalah banjir.
LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas
Pusat Pemprosesan Sisa Nanas dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, dengan peruntukan RM2 juta disalurkan KPKM untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan sisa nanas.
Skuad Insan Madani KESUMA telah laksana lima misi pascabanjir di Pantai Timur
Skuad Ihsan Madani Wira Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah berjaya melaksanakan lima misi pascabanjir di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
PERNAS salur pembiayaan sebanyak RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais sejak 2014 - Ewon
PERNAS agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais di seluruh negara sejak 2014.
SKAS guna kaedah S Pay pastikan penerima belanja untuk keperluan asas - Abang Johari
Penggunaan aplikasi e-dompet S Pay untuk menyalurkan SKAS bertujuan memastikan bantuan diberikan untuk keperluan asas sahaja, sekali gus mengelakkan penyalahgunaan bantuan.
Kampung Bendang Perol: Penduduk tidak pernah letih melawan arus banjir
Semangat penduduk Kampung Bendang Perol di Rantau Panjang yang terkenal dengan julukan "kampung banjir lambat surut' atau banjir termenung itu tidak pernah luntur.
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria.
Jumlah perdagangan Afghanistan melebihi US$12 bilion pada 2024
Jumlah keseluruhan perdagangan Afghanistan pada 2024 melebihi US$12 bilion, mencatatkan peningkatan 38 peratus dalam import berbanding tahun sebelumnya dan penurunan empat peratus dalam eksport.
Tumpuan Isnin – 6 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Media sosial: Ramai tidak setuju pengasingan fungsi klinik dan farmasi
Doktor hanya konsultasi, dapatkan ubat di farmasi. Wajarkah fungsi klinik dan farmasi diasingkan? Ikuti pandangan orang ramai di media sosial.