Aksi ekstrem dan seni akrobatik yang dipanggil 'parkour' adalah antara aksi stunt yang paling menarik perhatian penonton di platform YouTube.


Buat pertama kalinya, seni parkour itu akan dipersembahkan dalam bentuk komersial oleh Hollywood melalui filem aksi 'Tracers' lakonan pelakon popular, Taylor Lautner.

Treler filem 'Tracers' ini baru sahaja di muat naik ke YouTube beberapa jam yang lalu dan mula mencuri tumpuan pengguna media sosial.


Aksi Taylor Lautner yang sebelum ini terkenal dengan kelincahan serigalanya dalam filem 'The Twilight Saga' dilihat lebih menonjol melalui aksi parkour yang dilakonkan dalam filem baru ini.

Tracers mengisahkan tentang seorang penyampai pesanan berbasikal yang diburu oleh kumpulan samseng.

Peminat aktor Taylor Lautner bakal menyaksikan filem ini apabila ia mula menjengah panggung pada 15 Januari nanti di pawagan seluruh dunia.



Sementara itu, filem tempatan berjudul 'Rentap' boleh dianggap lebih awal memaparkan aksi ekstrem parkour ke layar perak.

‘Rentap’ mempunyai penceritaan yang ringkas tetapi mempunyai mesej yang padat tentang keberanian yang positif, kesetiaan dan persahabatan.

Ia menggabungkan elemen hiburan menarik seperti seni parkour yang hebat, elemen komedi, babak-babak yang menakjubkan serta ditambah dengan sentuhan romantik.

Filem lakonan Zahiril Adzim, Syafie Naswip dan Elfira Loy itu telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 4 Disember lalu dan masih boleh ditonton sehingga hari ini.