Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.
Saya berucap dalam bahasa Arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin.
Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.
Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.
Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.
Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.
Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.
Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.
Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?
Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.
Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.
Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.
Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.
Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.
Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.
Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.
Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.
Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.
Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.
Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.
Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.
Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:
“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).
Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitik secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas Mufti Perlis.
* Artikel mula disiarkan di lama blog drmaza.com pada 18 Januari 2009 dan disiarkan semula pada 1 Jun 2010.
* Ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mon Jul 14 2014

Pemimpin Nazi Adolf Hitler. -Gambar fail

Kerajaan AS guna alat pengesan pembohongan terhadap pegawainya
Ujian poligraf akan digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri AS terhadap pegawainya untuk mengesan kebocoran maklumat dalaman.

Pemalam pada Google Gemini kini disenaraikan sebagai 'Aplikasi'
Ini bermakna, setiap kali anda menyeru dan meminta Gemini melakukan sesuatu, ia tidak lagi mengakses pemalam tetapi terus mengakses aplikasi.
PM syukur LHDN kekal berintegriti kutip hasil negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa bersyukur dan bertuah kerana LHDN berjaya mempertahankan integriti dalam menjalankan tanggungjawab mengutip hasil negara.
"Jangan diremehkan kerana selalunya, penguatkuasa termasuk pengurusan tentu tidak ada keberanian sekiranya mereka tahu tanggungjawab disempurnakan itu tidak mendapat dukungan oleh pimpinan," katanya.
"Jangan diremehkan kerana selalunya, penguatkuasa termasuk pengurusan tentu tidak ada keberanian sekiranya mereka tahu tanggungjawab disempurnakan itu tidak mendapat dukungan oleh pimpinan," katanya.

Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi semua pelajar menjelang tahun 2035.

Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Sekurang-kurangnya 1,450 penduduk telah dipindahkan, manakala 100 lagi dilaporkan hilang.

KPDN Kedah tawar 36,000 insentif e-dompet di Bazar Ramadan Rahmah
KPDN Kedah menawarkan 36,000 insentif e-dompet untuk direbut pengunjung di enam lokasi Bazar Ramadan Rahmah (BRR) 2025 di seluruh negeri.

Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine, keselamatan global
Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine.
LHDN kutip peningkatan hasil RM1.46 bilion - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan memperbaiki tata kelola, mempertahankan semangat dan disiplin serta memperkenalkan instrumen baharu seperti e-Invoice, hasil negara akan melonjak tinggi.
"Kita tahu negara itu berkembang, sistem itu mantap tetapi masih ada ruang kelemahan dan kebocoran. Dan saya bangga hasil prestasi hasil menunjukkan ada semangat, dorongan, keupayaan dan pimpinan menyempurnakan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata mana-mana pihak terutamanya golongan 'maha kaya' tidak diberi ruang terlepas daripada memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat dan warganegara dengan membayar cukai.
"Kita tahu negara itu berkembang, sistem itu mantap tetapi masih ada ruang kelemahan dan kebocoran. Dan saya bangga hasil prestasi hasil menunjukkan ada semangat, dorongan, keupayaan dan pimpinan menyempurnakan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata mana-mana pihak terutamanya golongan 'maha kaya' tidak diberi ruang terlepas daripada memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat dan warganegara dengan membayar cukai.

Keazaman politik, insentif industri, dasar penting perkasa peranan wanita
Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai program, kekurangan keterlibatan wanita pada peringkat pembuat dasar perlu diberi perhatian.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu, pertama di dunia guna tenaga solar sepenuhnya
Jambatan ikonik yang terletak di pusat bandar raya itu menerima sijil pengiktirafan daripada The International Tracking Standard Foundation.

Presiden Brazil bandingkan serangan Israel ke atas Gaza dengan tindakan holokus oleh Hitler
Israel akan panggil duta Brazil untuk menegur kenyataan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva yang disifatkan 'melampaui batas.'

Aligator dipercayai peliharaan Hitler mati pada usia 84 tahun
Saturn dilahirkan di Mississippi, Amerika Syarikat (AS) sebelum dihantar ke zoo Berlin, Jerman.

'Aku berterima kasih kepada Hitler kerana Holocaust' - Alasan graduan buat simbol ala Nazi
Gambar graduan tersebut dengan gaya tabik hormat yang digunakan semasa zaman pemerintahan Adolf Hitler di Jerman itu kemudiannya dikongsikan ke dalam laman Facebook peribadinya sebelum dipadam.

Kalau Tun Mahathir 'diktator', bagaimana pula dengan 10 pemimpin ini?
Ini 10 profil diktator seluruh dunia yang kejam semasa era pemerintahannya sehingga mencipta sejarah moden.

Rekod perubatan sahkan Hitler cuma miliki satu buah zakar
Satu rekod perubatan penjara menunjukkan Adolf Hitler menghidap suatu penyakit yang menyebabkan testis tidak turun ke dalam skrotum.

Hitler itu mungkin ada benarnya
Mengapa kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Undian: Majoriti mahu Bung Mokhtar tarik balik tweet yang disiarkan
AstroAwani.com bertanya, apa yang perlu dilakukan oleh Bung Mokhtar susulan permohonan maaf beliau tentang kenyataan "Hidup Hitler"?

Mesej MCA kepada Bung Mokhtar
Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Ti Lian Ker mengulas komen Bung Mokhtar yang mengaitkan Adolf Hitler dengan pasukan bolasepak Jerman.

PM patut gesa Bung Mokhtar letak jawatan, kata Ong Kian Ming
Ahli Parlimen Serdang itu membuat gesaan berhubung kenyataan kontroversi Bung Mokhtar Radin mengaitkan pasukan Jerman dengan Adolf Hitler.

Bung Mokhtar buat hal lagi
Datuk Bung Mokhtar Radin mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 awal pagi tadi dengan Adolf Hitler.