MASA silam adalah pengajaran yang sangat berguna bagi mereka yang tahu (dan mahu belajar daripada) sejarah. Ia sebaliknya satu kutukan bagi mereka yang lalai — yang kemudiannya terperangkap mengulangi sejarah yang sama.
Apa yang terjadi di Lahad Datu, Sabah sejak lebih sebulan yang lalu — dari satu sisi — boleh dilihat sebagai sebuah episod yang sekarang sebenarnya diulang semula; episod yang tidak sempat selesai dalam sejarah dan kini cuba disempurnakan.
Ia mengingatkan kita kepada apa yang pernah diucapkan oleh George Santayana, ahli falsafah sekaligus seorang esais berbangsa Sepanyol yang terkenal itu: "Mereka yang tidak mengenang masa lalu, terkutuk akan mengulanginya."
Sejarah mencatatkan bahawa 45 tahun yang lalu, sekumpulan pemuda Moro dari suku Tausug atau Suluk dibunuh beramai-ramai di Pulau Corregidor, Filipina. Episod sejarah yang berdarah itu dikenali dengan nama Pembantaian Jabidah. Ia berlaku pada 18 Mac 1968.
Pemuda Moro yang terbunuh dan kuburnya tidak bertanda itu — mayat mereka dibakar dan sisanya dicampakkan ke laut — adalah pelatih unit khas yang dibentuk secara sulit oleh Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos. Unit itu diberi nama Jabidah; misinya untuk menyerang Sabah. Ia dikatakan satu misi rahsia yang hanya diketahui oleh kelompok kecil yang dekat dengan Marcos.
Misi
Misi itu diberi nama Operasi Merdeka. Rencananya ialah unit khas berkenaan mahu dikirimkan ke Sabah. Mereka ini akan membuat kacau termasuk menggunakan perang psikologi untuk menghasut rakyat di Sabah supaya berpisah daripada Malaysia yang baru dibentuk tidak sampai lima tahun sebelumnya. Mereka ini juga diberi tanggungjawab untuk mengatur misi kumpulan penceroboh yang lebih besar yang akan mendarat antaranya di Semporna dan Lahad Datu.
Misi itu bagaimanapun tidak pernah lepas landas.
Kumpulan pemuda itu dijanjikan masa depan yang cerah dengan gaji dan kerjaya dalam pasukan tentera. Janji itu bagaimanapun tidak ditepati. Selepas empat minggu berpindah dari Pulau Simunul — tempat latihan pertama — ke Corregidor, kumpulan pemuda dari Sulu itu mula resah.
Mereka menulis petisyen bantahan kepada Marcos memohon antara lain supaya gaji mereka dibayar serta diberikan makanan yang lebih baik, tidak lagi hanya nasi dan ikan masin. Petisyen yang mereka tandatangani itu diserahkan kepada seorang anggota tentera yang juga jiran di kampung — orang yang sangat mereka percayai. Orang kepercayaan itu kemudiannya belot.
Apa yang terjadi selepas itu adalah sejarah berdarah yang sehingga hari ini tidak terbongkar. Episod berkenaan ada dirakamkan oleh dua wartawan kanan Filipina, Marites Dañguilan-Vitug dan Glenda M. Gloria dalam buku mereka, Under the Crescent Moon: Rebellion in Mindanao.
Angka mereka yang terkorban tidak pernah dapat dipastikan tetapi semua catatan hampir sepakat mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 23 pemuda Moro terbunuh dalam insiden itu. Mereka yang didakwa terlibat dalam pembantaian itu dihadapkan ke muka pengadilan di mahkamah tentera tetapi tiada siapa yang disabitkan kesalahan.
Saksi mata
Selama 45 tahun, Jabidah hanya disebut sepintas lalu dalam buku sejarah di sekolah di Filipina. Apa yang berlaku di Corregidor 45 tahun yang lalu kini hanyalah catatan di sana sini yang dikumpulkan daripada satu-satunya saksi mata kejadian yang terselamat daripada dibunuh. Episod itu sebelumnya diketengahkan kepada umum oleh Benigno Aquino Jr., ayah kepada Presiden Filipina sekarang, Benigno Aquino III di Parlimen dalam ucapannya 10 hari selepas kejadian.
Selepas 45 tahun, Aquino meneruskan apa yang dimulakan oleh bapanya — mengingatkan rakyat tentang sejarah hitam yang merupakan sebahagian daripada naratif nasional sebuah negara. "Saya ada tanggungjawab untuk meneliti sejarah itu demi mencari kebenaran," katanya semasa berucap pada majlis mengenang 45 tahun peristiwa Pembantaian Jabidah, awal minggu ini.
Aquino adalah presiden yang pertama menganjurkan sebuah majlis mengenang peristiwa itu. Beliau datang ke Corregidor pada Isnin lepas, melawat lokasi kejadian dan mengisytiharkan Taman Keamanan Mindanao sebagai tapak sejarah negara. Taman itu diharapkan akan jadi batu tanda bahawa masyarakat Muslim dan Kristian di Mindanao cintakan keamanan.
Dengan mencari kebenaran daripada insiden Jabidah, Aquino berharap Filipina akan dapat meluruskan sejarah terutama yang berhubung kait dengan tuntutan negara itu ke atas Sabah. Sejarah itu merupakan penanda yang cukup penting dalam keseluruhan naratif sejarah dan politik Filipina.
Perang Moro
Ini kerana episod berkenaan meninggalkan luka yang amat dalam di kalangan masyarakat Islam di Mindanao. Ia dilihat sebagai pemangkin kepada kemunculan gerakan pemisah yang diterajui oleh Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) yang dipimpin oleh Nur Misuari. Setahun kemudian, meletuslah perang membebaskan wilayah selatan yang menuntut kemerdekaan Bangsamoro — perang yang sehingga kini memakan korban lebih 120,000 nyawa. Selebihnya, ia jadi kemuncak pertembungan antara masyarakat Muslim dan Kristian di Mindanao.
Aquino sendiri dalam ucapannya menyebut bahawa apa yang berlaku di Lahad Datu sekarang adalah sejarah yang berputar semula — dan bagaimana masyarakat Moro selalu jadi bidak catur yang boleh dikorbankan untuk menyelamatkan raja.
Tetapi usaha meluruskan sejarah bukan suatu kerja yang mudah. Ia selalu dipandang serong dan selalu juga dilihat sebagai muslihat untuk rencana lain. Aquino misalnya dituduh hipokrit kerana baru sekarang ini mahu membangkitkan soal mengenang Jabidah sebagai naratif nasional dan meluruskan sejarah; kenapa tidak sebelum ini?
Pentadbiran Aquino juga sebelum ini dikecam oleh waris Kesultanan Sulu kerana tidak memberikan perhatian kepada soal tuntutan mereka ke atas Sabah. Sepucuk surat yang dikirim oleh Jamalul Kiram III kepada beliau beberapa hari sebelum beliau mengangkat sumpah jadi presiden pada Jun 2010 hilang dan hanya ditemui tidak sampai sebulan yang lalu — ketika krisis terbentuk di Lahad Datu.
Namun, ada nada ikhlas dalam ucapan Aquino apabila beliau mengatakan mengenang Jabidah akan mengukuhkan lagi usaha kerajaannya untuk menangani masalah di Mindanao. "Biarpun apa yang terjadi sudah terjadi, kita hari ini bertanggungjawab untuk memastikan ia tidak berulang lagi," katanya.
Tetapi secara jujurnya, tidak pernah ada istilah "terlambat" dalam meluruskan sejarah. Sejarah yang tertinggal atau ditinggalkan, tercicir atau dicicirkan tidak dapat tidak harus dikutip semula.
Setidak-tidaknya, suatu hari nanti.
Hari itu pasti akan tiba.
Noor Azam Shairi
Thu Mar 21 2013
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir
Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.
Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia
Seorang rakyat Filipina yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi Rabu setelah melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara.
Filipina arah pemindahan sepenuhnya penduduk susulan kemungkinan letusan semula gunung berapi
Terdapat segelintir penduduk yang enggan meninggalkan zon bahaya meskipun berdepan ancaman letusan besar.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.