Seorang teman rapat saya berkongsi sebuah berita yang menyentuh hati baru-baru ini. Remuk hati saya dan saya menangisi kehilangan anak itu. Yang sedihnya, perkara itu tidak memeranjatkan saya. Jika sesiapa telah membaca makalah saya berkenaan isu ini, saya telah menyatakan bahawa risiko yang paling besar berkaitan melahirkan bayi tanpa bantuan di rumah ialah meningkatnya kes kematian perinatal. Maknanya – melahirkan bayi tanpa bantuan di rumah dihubungkaitkan dengan peningkatan kes kematian bayi.
Teman saya itu (yang juga sedang hamil) meminta saya menulis sesuatu tentang isu ini. Pada mulanya saya menolak kerana saya tidak mahu menambahkan kesedihan keluarga yang terlibat. Apa yang mengubah fikiran saya ialah melihat ramai manusia di forum-forum dalam talian, secara terbuka memandang ringan risiko ibu-ibu yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti pernah menjalani pembedahan Caesarean beberapa kali. Orang-orang ini, secara berleluasa, memberitahu para ibu bahawa terdapat banyak ibu yang berjaya melahirkan anak di rumah secara semulajadi/alami. Dengan berbuat demikian, para ibu ini terpengaruh untuk melakukan yang sama akibat diyakinkan dengan pengalaman ibu-ibu lain yang berjaya dan menganggap ia pilihan yang selamat.
Saya tidak menggalakkan ibu-ibu membuat pilihan melahirkan anak berdasarkan pengalaman orang lain. Setiap tubuh badan ibu dan setiap kehamilan itu berbeza-beza. Apabila membuat pilihan, anda harus memastikan anda betul-betul termaklum dengan kelebihan dan kekurangan pilihan anda. Anda tidak seharusnya membuat pilihan berdasarkan apa yang berlaku kepada orang lain kerana setiap kelahiran atau kehamilan membawa risiko yang berbeza-beza,
Apa itu risiko kelahiran?
Para ibu sering bertanya doktor tentang kebarangkalian perkara-perkara tertentu berlaku kepada mereka sepanjang proses kelahiran. Pokoknya seorang doktor itu bukanlah Tuhan atau tukang tilik yang mampu melihat ke masa depan. Apa yang mampu dilakukan oleh doktor ialah memberitahu sang ibu apakah risiko atau kebarangkalian sesuatu perkara yang boleh berlaku berdasarkan apa yang pernah berlaku. Sebagai contoh – ibu yang ingin cuba-cuba bersalin selepas satu atau lebih pembedahan Caesarean – seorang doktor seharusnya memberitahu ibu tersebut kebarangkalian kejayaan bersalin secara alami, kebarangkalian akibat-akibat buruk seperti kematian bayi atau sebarang masalah yang memerlukan campur tangan doktor. Seorang doktor sepatutnya menerangkan apa yang akan dilakukan sekiranya kerumitan-kerumitan seperti itu berlaku kepada si ibu. Seorang doktor juga perlu menerangkan risiko campur tangan doktor dan indikasi kepada campur tangan tersebut. Semua penerangan ini memerlukan para doktor mengetahui bukti-bukti yang menyokong saranan mereka.
Sebagai contoh, seorang ibu dengan dua parut pembedahan lalu ingin tahu berapa kebarangkalian dia berjaya bersalin alami. Menurut meta analisis S. Tahseen et al – seorang doktor boleh memberitahu dia mempunyai peluang 71.1% berjaya bersalin biasa. Tetapi dalam pada itu, terdapat 1.36% peluang rahimnya pecah dan 0.09% risiko kematian kepada bayi.
Apabila doktor menyebut risiko 1.36% atau 0.09% – bunyinya seperti risiko tersebut sangatlah rendah. Tetapi jika saya kata nilai itu bersamaan satu kes rahim pecah dalam setiap 100 kelahiran ibu-ibu yang cuba-cuba bersalin dan mempunyai dua parut kelahiran Caesarean – adakah perasaanya masih sama? Bagaimana jika saya beritahu 9 bayi daripada 10,000 kelahiran begini, maut? Lebih khususnya, seorang doktor tidak mampu meramal siapakah yang malang daripada 100 ibu atau 10,000 yang boleh dan akan menghadapi komplikasi ini.
Dalam sepuluh ribu kes, yang malang itu mungkin anda. Kami sentiasa berharap ia bukan anda, tetapi hakikatnya, kita tidak akan tahu. Para doktor masih manusia dengan keupayaan dan pengetahuan manusiawi. Itulah sebabnya, untuk para ibu yang berisiko tinggi mendapat masalah sebegini, kami nasihatkan mereka bersalin di hospital. Sebabnya, jika masalah berlaku di dalam hospital, anda boleh mendapat bantuan segera untuk menyelamatkan nyawa anda dan bayi.
Ia seperti memandu kereta sehari-hari. Jika anda mempunyai kereta yang pernah bermasalah, masalah boleh berlaku lagi. Kita tahu kebarangkalian masalah ini berlaku sangat-sangat jarang. Malangnya, oleh kerana kejadian ini sangat jarang berlaku – kita tidak tahu bila agaknya kereta itu akan rosak. Contohnya, enjin kereta boleh terbakar tetapi anda tidak tahu bila ia akan terbakar. Tetapi, jika sekiranya ia terbakar juga, bukankah lebih selamat andainya kereta itu terbakar di depan balai bomba dan ahli bomba bersedia ada di tempat kejadian, berbanding anda terperangkap dalam kereta yang terbakar dan balai bomba tidak berapa jauh lagi.
Anda boleh sahaja berhujah yang balai bomba ada berdekatan dan boleh dicapai dengan panggilan telefon. Tetapi dalam kecemasan membabitkan nyawa – 15 minit itulah yang menentukan anda hidup atau mati.
Untuk kebanyakan wanita, bersalin semulajadi menerusi faraj adalah selamat. Mengetahui risiko kelahiran bukan bertujuan menakutkan anda. Tetapi dengan mengetahui risiko melahirkan anak, anda akan bersemangat untuk belajar lebih lagi tentang kelahiran dan bagaimana untuk mendapatkan kelahiran semulajadi yang selamat. Dengan mengetahui risiko kelahiran, anda berupaya mengawal kelahiran anda dengan membuat pilihan bermaklumat tentang cara bersalin dan tempat kelahiran. Dengan mengetahui risiko komplikasi buruk pilihan bersalin anda, anda akan lebih waspada apabila masalah timbul justeru berupaya mengenal dan bertindak terhadapnya.
Satu tanggapan silap yang biasa para ibu ialah doktor tidak member mereka pilihan dalam urusan bersalin mereka. Mereka percaya yang ibu-ibu berisiko tinggi memang tidak boleh bersalin melalui faraj di hospital dan mereka terpaksa bersalin tanpa bantuan demi melahirkan anak secara semulajadi, sebagaimana yang diinginkan.
Seorang doktor tidak boleh memaksa anda bersalin pembedahan tetapi boleh menasihati anda jika keperluannya ada. Anda boleh menolak pembedahan Caesarean. Anda boleh menolak episiotomi. Anda boleh menolak mengikat tiub Falopio. Anda boleh menolak induksi. Anda boleh menolak kesemuanya tetapi anda perlu faham risiko dan kerumitan yang boleh melanda akibat penolakan itu. Anda perlu waspada apakah risiko yang boleh berlaku akibat tindakan itu. Doktor bukannya cuba untuk menakut-nakutkan anda supaya anda mengikut nasihat mereka. Kami mahu anda tahu semua risiko ini supaya anda membuat pilihan bermaklumat dan mengambil langkah berjaga-jaga jika komplikasi buruk berlaku.
Sebagai contoh, doktor ternampak banyak mekonium selepas ketuban pecah, menandakan bayi dalam tekanan. Doktor menawarkan Caesarean kepada si ibu. Penilaian si doktor tentang keadaan bayi mungkin tidak tepat. Namun, kebanyakan doktor rela membuat kesilapan sambil berwaspada. Lebih baik keluarkan bayi sekarang, sebelum bayi lebih tertekan atau lebih buruk, mati dalam rahim. Si ibu menolak dan berkeras mahukan bersalin biasa. Doktor perlu menghormati keputusan itu. Jika proses bersalin diteruskan dan bayi selamat, baguslah. Tetapi jika bayi keluar biru dan tak bernafas?
Untuk ibu-ibu yang memilih untuk bersalin di rumah, mereka seharusnya tahu tentang risiko-risiko pilihan tersebut. Dengan mengetahui risiko dan kerumitan yang barangkali boleh berlaku, mereka boleh berjaga-jaga dan mempelajari teknik bersalin yang boleh meminimumkan kerumitan bersalin. Dengan mengetahui risiko bersalin tanpa bantuan di rumah, mereka sepatutnya mencari tenaga bantuan terlatih untuk bersedia jika mereka memerlukan bantuan kecemasan. Mereka seharusnya bersedia dengan rancangan bantuan jika mereka perlu dibawa ke hospital.
Tiada ibu yang mahu membuat keputusan yang boleh mencederakan diri mereka ataupun bayi. Itulah peri pentingnya diberi pendidikan tentang proses bersalin supaya, apabila tiba masanya, anda boleh membuat keputusan bermaklumat yang selamat untuk diri anda. Ingatlah, jika anda tidak setuju dengan nasihat doktor – anda boleh katakan tidak dan mencari rawatan di tempat lain. Hanyasanya sang ibu yang berkuasa membuat keputusan berkenaan apa yang berlaku kepada tubuh mereka. Doktor hanya boleh menasihat.
Anda mungkin dapat tahu atau terdengar nasihat yang berbeza, malah berlawanan daripada ibu-ibu lain, pengajar cara bersalin, jururawat, bidan ataupun doktor yang berbeza pendapat. Tetapi nasihat saya kepada anda, dengarlah apa yang dikata oleh orang yang akhirnya terpaksa membetulkan keadaan apabila kesusahan menimpa. Tanya diri anda, siapakah yang akan menyelamatkan anda atau bayi anda jika bencana yang betul-betul buruk melanda. Anda perlu belajar mempercayai orang yang akan bertanggungjawab jika sesuatu yang buruk menimpa anda.
Kerana dia semestinya tidak mahu anda menghadapi masalah kerana sebagai seorang manusia, ada beberapa perkara yang diluar jangkauan kebolehan manusiawi kita untuk kita betulkan. Semasa bersalin, itu boleh bererti maut – jika bukan ibu, bayinya.
Buatlah pilihan bijak. Kuasa memilih ada pada anda. Ingatlah, dengan kuasa yang besar, besar pula tanggung jawabnya. Anda yang bertanggung jawab kepada nyawa anda dan bayi anda serta keselamatannya. Keluarga anda bergantung kepada anda untuk sebarang pilihan yang betul dan selamat. Jadilah ibu yang terpelajar, ketahui hak anda dan bertindaklah sewajarnya.
____________________
* Dr. Nur Hidayati sekarang sedang dalam usaha menjadi pakar perubatan dalaman. Dia juga seorang ibu dan sangat prihatin terhadap kelahiran yang selamat untuk ibu dan bayi.
* Tulisan ini pertama kali tersiar di http://www.mmgazette.com/ dan diterjemahkan oleh Azizul Ismie
* The Malaysian Medical Gazette ialah portal dalam talian terbitan Persatuan Integrasi Profesional Perubatan Malaysia (MIMPA) untuk pengamal perubatan berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan masyarakat mengenai isu semasa dan masalah bersama tentang rawatan kesihatan.
* Ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Dr Nur Hidayati
Sun Jun 08 2014
ssss
Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal lelaki mengalami luka.
Anwar, Yoon adakan mesyuarat dua hala mengenai hubungan Malaysia dan Korea Selatan
Kedua-dua pemimpin, diiringi beberapa menteri, mengadakan mesyuarat dua hala bermula 11.10 pagi, dijangka berlangsung kira-kira sejam.
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Bagi mengimbas kembali legasi Allahyarham kita bersama Datuk Chuari Selamat, penulis lirik dan bekas penyampai radio popular RTM.
Leicester City pecat Cooper selepas hanya 12 perlawanan
Leicester City mengambil keputusan memecat jurulatih mereka, Steve Cooper pada Ahad selepas hanya mengendalikan 12 perlawanan.
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad Nawab di Tanah Perkuburan Raudathul Sakinah.
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Di jam ini kita bersama dengan penerbit dan penulis lirik Datuk Habsah Hassan untuk kita singkap pandangan peribadi terhadap Allayarham dan bagaimana legasi ditinggalkan arwah memberi kesan.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
"His name is gonna be there forever, tak akan pudar" - Datuk DJ Dave
Kebanyakan lagu-lagu raya yang hit adalah dari hasil karya Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab. Nama dan lagu beliau tidak akan dilupakan dan sentiasa akan berkumandang dicorong-corong radio dan televisyen.
#AWANInews
#AWANInews
"Arwah selalu nasihatkan saya, disiplin itu penting" - Datuk DJ Dave
Penyanyi veteran dan Pengerusi Yayasan Artis Veteran (YKAT), Datuk DJ Dave berkongsi pengalaman dan kenangan ketika bekerja dengan Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
#AWANInews
#AWANInews
"Allahyarham seperti bapa dan ajar tentang hidup di KL" - Ramlah Ram
"Dialah guru, bapa saya, ambil berat mengenai saya. Lagu saya dari awal memang daripada arwah. Saya belajar hidup di Kuala Lumpur pun dengan arwah," kata Ramlah Ram.
Memahami risiko kelahiran
Dr Nur Hidayati mahu ibu-ibu yang mengandung memahami risiko kelahiran supaya anda membuat pilihan cara kelahiran dengan bermaklumat.