Ringkasan AI
- Meta telah memulakan ujian paparan iklan secara terhad di Threads, melibatkan sejumlah kecil pengiklan sahaja buat masa ini.
- Threads mempunyai lebih 300 juta pengguna aktif setiap bulan, dengan tiga perempat pengguna mengikuti sekurang-kurangnya satu akaun perniagaan.
- Pengurusan iklan di Threads akan dilakukan melalui Ads Manager Meta, dan iklan akan dipaparkan dalam bentuk yang serupa dengan perkongsian biasa tetapi dilabelkan sebagai "Iklan" atau "Ditaja".
Meta mengatakan ia diuji secara terhad, dan melibatkan sejumlah kecil pengiklan sahaja buat masa ini.
Threads dilapor mempunyai lebih 300 juta pengguna aktif setiap bulan, dan tiga perempat pengguna mengikuti sekurang-kurangnya satu akaun perniagaan.
Pengurusan pengiklanan di Threads akan dilakukan melalui penawaran Ads Manager sedia ada Meta.
Iklan pula dipaparkan dalam bentuk paparan lebih kurang seperti perkongsian biasa, tetapi dilabelkan sebagai “Iklan” atau “Ditaja”.
Untuk fasa ujian, iklan akan dipaparkan pada halaman utama, dan turut menggunakan paparan gambar bersama dengannya.
Buat masa ini, pengiklanan di Threads diuji dibeberapa buah negara sahaja, dan dijangka diperluaskan ke global. -Amanz