Perkhidmatan kesihatan awam yang disediakan kerajaan perlu dipertingkatkan itu pandangan majoriti orang ramai yang mengundi dalam satu tinjauan online.
Undian itu adalah sebahagian daripada kajian mingguan Astro AWANI mengenai beberapa topik untuk Bajet 2014 yang bakal dibentangkan bulan hadapan.
Minggu lalu, astroAWANI.com bertanya kepada pembaca mengenai pandangan mereka terhadap perkhidmatan kesihatan awam yang disediakan kerajaan.
41% pengundi berpendapat perkhidmatan yang ditawarkan sekarang terlalu ketinggalan dari segi kepakaran dan kemudahan.
Manakala 36% dari jumlah itu merasakan perkhidmatan kesihatan awam yang disediakan kerajaan adalah biasa sahaja.
Sementara itu, apabila ditanya apa yang perlu diperbaiki dalam perkhidmatan kesihatan awam, seramai 47% telah bersetuju bahawa tempoh menunggu bagi rawatan dan pemeriksaan lanjutan di hospital awam perlu dipermantapkan.
Seramai 33% pula menyatakan hospital awam perlu memperbanyakkan pakar yang berkebolehan dan doktor yang mahir.
Apabila ditanya bagaimanakah cara untuk mendapat dan mengekalkan doktor dari berpindah ke perkhidmatan swasta pula, seramai 31% bersetuju agar diberikan manfaat yang lebih kepada para doktor seperti pelan persaraan, jadual kerja dan lain-lain.
Selain daripada itu, 30% mahukan doktor-doktor kerajaan diberikan gaji yang lebih agar mereka lebih tertarik untuk kekal berkhidmat di hospital awam.
Pemberian rebat cukai untuk pembelajaran pengkhususan kepakaran juga menerima sambutan daripada pengundi iaitu 29% daripada mereka ingin melihat perubahan tersebut.
Dalam topik yang sama, laman portal http://www.1malaysia.com.my/bajet2014 turut memuatnaik suara rakyat berkenaan perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
“Menaik taraf perkhidmatan hospital kerajaan dengan membina dan menstruktur semula hospital-hospital kerajaan (buat bangunan tinggi- jimat ruang, banyakkan parking, buat satu level satu jabatan)” -Lena Farida
“Ibu yang bekerja yang bersalin diberikan kemudahan cuti bersalin antara satu hingga satu setengah tahun bagi seorang anak seperti yang diamalkan di luar negara. Faedahnya ialah dapat menggalakkan ibu-ibu supaya menyusukan anak dengan susu badan dalam tempoh tersebut (dapat mengurangkan kos membeli susu tepung). Selain itu, ibu-ibu dapat menjaga anak sendiri (tidak perlu menghantar bayi mereka ke taska/pengasuh dalam usia yang masih bayi)dan mengurangkan kes kematian bayi di taska” - Aleen
“Lebih banyak pusat/klinik/hospital untuk rawatan kesuburan diwujudkan. Kebanyakan pesakit pergi mandapatkan rawatan di hospital swasta kerana kekurangan pakar di hospital kerajaan” - Norshahidah
“Suntikan Vaksin Pneumokokal percuma kepada kanak-kanak. Jangkitan bakteria ini boleh mengakibatkan beberapa penyakit lazim seperti jangkitan saluran pernafasan termasuk Otitis Media, Sinusitis dan jangkitan paru-paru (Pneumonia). Vaksin Pneumokokal masih belum diwajibkan berbanding negara maju lain seperti di Amerika dan Eropah. Vaksin ini sebagai pengiktirafan Wawasan 2020” - Mohamed
Azyyati Ahmad
Wed Oct 09 2013
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran malaysia selaku pengerusi tahun ini.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini selaras dengan konsep integrasi dan kebersamaan, di mana kesemua negara anggota bekerjasama untuk merangsang pertumbuhan ekonomi satu sama lain.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini selaras dengan konsep integrasi dan kebersamaan, di mana kesemua negara anggota bekerjasama untuk merangsang pertumbuhan ekonomi satu sama lain.
ASEAN perlu tingkat kerjasama rentas sempadan, galakkan lebih ramai pelancong
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan negara-negara blok ASEAN mesti terus menjalin kerjasama erat dalam aspek rentas sempadan sebagai usaha menggalakkan kemasukan lebih pelancong ke negara rantau ini.
Tinjauan Bajet 2014: Rakyat habis duit untuk pengangkutan
Berdasarkan satu undian di astroawani.com baru-baru ini, perbelanjaan bulanan rakyat Malaysia lebih banyak dihabiskan ke atas pengangkutan.
Tinjauan Bajet 2014: Perkhidmatan kesihatan awam yang disediakan kerajaan perlu diperbaiki
Perkhidmatan kesihatan awam yang disediakan kerajaan perlu dipertingkatkan itu pandangan majoriti orang ramai yang mengundi dalam tinjauan online Astro AWANI.