Ringkasan AI
- Google Keep akan menjadi aplikasi sistem dalam Android 16. Ini bermakna ia akan sedia terpasang pada semua peranti Android dengan Google Play Services dan tidak boleh dinyahpasang.
- Keep mesra pelbagai platform. Tidak seperti Apple Notes yang terhad kepada web dan peranti Apple, Google Keep boleh digunakan di pelbagai platform.
- Google Keep mungkin akan memainkan peranan penting dalam ciri-ciri baru sistem operasi Android 16, mungkin termasuk integrasi AI yang lebih mendalam.
Akan datang, satu perubahan besar dikenakan pada Keep.
Usah risau, ia mungkin adalah yang paling berguna kerana Google Keep kelak akan menjadi aplikasi sistem dalam Android.
Ini bermakna, mana-mana peranti Android yang anda beli dengan Google Play Services – Google Keep kelak akan sedia terpasang dan tidak lagi perlu dimuat dari Play Store.
Pada hemat saya, Keep bukan satu aplikasi gendut tetapi adalah aplikasi yang benar-benar berguna. Perubahan ini dilihat berlaku dalam Android 16, di mana Keep tidak lagi boleh dinyahpasang.
Antara sebab ia dijadikan aplikasi sistem adalah mungkin, Keep akan memainkan peranan besar untuk ciri penting dalam keseluruhan sistem operasi Android 16 nanti.
Mungkin ciri AI yang lebih mendalam? Sama-sama kita nantikan. -Amanz
