Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan Jawatankuasa Integriti Pengurusan Dana dan Tabung Banjir bagi memastikan pengurusan dana dan tabung banjir kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dikendalikan dengan telus dan bebas daripada penyelewengan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata jawatankuasa yang mula beroperasi esok itu akan menyiasat semua aduan dan maklumat mengenai penyelewengan dan salah laku dalam pengurusan dana dan tabung banjir.
Jawantakuasa itu diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Mustafar Ali dan turut dianggotai Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Audit Negara.
"Jawatankuasa ini akan membantu memastikan pengurusan tabung dan dana yang telus, teratur serta semua bantuan sampai kepada mangsa banjir," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sebelum itu, majlis menandatangani memorandum kerjasama antara SPRM, MKN dan Jabatan Audit Negara diadakan. Hadir sama ialah Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab dan Timbalan Ketua Audit Negara (Sektor Audit Kerajaan Persekutuan), Datuk Anwari Suri.
Beliau berkata jawatankuasa itu juga akan mengkaji dan mencadangkan penambahbaikan integriti sistem penyampaian dan pengurusan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Abu Kassim berkata sebuah Bilik Gerakan telah dibuka di pejabat SPRM di Kelantan yang berperanan sebagai pasukan khas untuk menyiasat semua aduan mengenai penyelewengan.
Beliau berkata orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan menerusi talian 019-2849134, 019-2849234 atau 019-2849389.
Bagi negeri-negeri lain yang terlibat bencana banjir, Abu Kassim berkata SPRM, MKN dan Jabatan Audit negeri akan membuat penyelarasan.
Ditanya bentuk tindakan yang akan diambil sekiranya berlakunya penyelewengan ke atas dana dan tabung banjir, Abu Kassim berkata ia bergantung kepada keadaan dan juga jenis aduan yang dibuat.
"Sekiranya terdapat aduan bahawa bantuan tidak sampai dan wang itu telah diambil pihak tertentu, tindakan akan diambil mengikut Akta Pencegahan Rasuah.
"Sekiranya ada pihak yang memalsukan dokumen untuk mendapatkan bantuan, maka tindakan akan diambil mengikut Kanun Keseksaan," kata Abu Kasim.
Beliau berkata setakat ini SPRM telah menerima aduan yang mendakwa bantuan tidak sampai namun setelah siasatan mendapati sebenarnya berlaku kelewatan kerana pihak yang terlibat perlu membuat penyelarasan.
Sementara itu, Abu Kassim memuji MKN yang tampil untuk memasukkan elemen integriti dalam bantuan khas RM500 juta yang disalurkan kerajaan untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.
"Inisiatif MKN harus dijadikan contoh untuk meningkatkan ketelusan dan pengurusan dana dan tabung bantuan," katanya.
Sementara itu, Thajudeen berkata MKN sentiasa memastikan semua pengurusan perbelanjaan bantuan khas kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir dilaksanakan dengan telus, berhemah dan berintegriti.
"Dengan kerjasama SPRM dan Jabatan Audit Negara, MKN mahu mangsa-mangsa banjir yakin bantuan kerajaan telus dan terus sampai kepada mereka," katanya, sambil menambah bantuan itu termasuk wang ihsan RM500 kepada mangsa banjir dan juga RM5,000 kepada waris keluarga yang meninggal dunia akibat banjir.
Bernama
Mon Jan 12 2015
ABU KASSIM: Jawatankuasa yang mula beroperasi Selasa itu akan menyiasat semua aduan dan maklumat mengenai penyelewengan dan salah laku dalam pengurusan dana dan tabung banjir.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Rasuah: Agensi kerajaan berisiko rendah perlu ada pelan pencegahan - Abu Kassim
Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pelan sebegitu cukup penting sebagai langkah proaktif bagi memastikan isu governans, integriti dan rasuah dikendalikan secara pencegahan.
PM hargai sumbangan Abu Kassim perangi rasuah
Tan Sri Muhyiddin zahirkan penghargaan beliau atas segala usaha dan sumbangan KP Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali
Mohamed Apandi menjelaskan bahawa untuk melakukan pemintasan perbualan telefon, agensi antirasuah itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Peguam Negara atau timbalan pendakwa raya.
Dana jaga kebajikan petugas agensi antirasuah dilancar esok
Inisiatif Malaysia, 'Perdana International Anti-Corruption Champion Fund (PIACCF),' akan dilancarkan esok untuk menyalurkan bantuan kepada petugas agensi antirasuah di seluruh dunia.
Warga SPRM ucap takziah kepada keluarga Ahmad Said
Ahmad Said memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula dari 14 Mei 2007 hingga 31 Disember 2009 sebelum digantikan dengan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Seksyen 17A Akta SPRM: Rundingan sedang berjalan
Sesi rundingan dan penerangan sedang dilakukan bagi memberi pemahaman kepada pihak terlibat terutama syarikat komersil sebelum Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dikuatkuasa.
Peruntukan khusus isytihar harta digubal tahun depan - Abu Kassim
Jelasnya, inisiatif yang dilakukan kini juga sebahagian daripada proses menjadikan pentadbiran negara lebih telus.
Abu Kassim dedah pernah dilabel sebagai pembelot negara
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bentuk ancaman diterimanya ketika menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2014 hingga 2015.
Ahli politik perlu bebas rasuah - Abu Kassim
Beliau berkata, ia kerana kegiatan rasuah terbesar dalam negara dipercayai melibatkan ahli politik selain berlaku dalam kalangan pengurusan parti politik itu sendiri.
'Hasrat undur diri sejak Disember' - Shukri kesal keputusannya undang kecaman, fitnah
Shukri berkata beliau bukannya meletak jawatan atau diarahkan meninggalkan SPRM kerana menutup beberapa 'fail' berprofil tinggi.