Syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengumumkan telah menyelesaikan pembayaran balik sepenuhnya kemudahan pinjaman daripada Marstan Investments NV bernilai RM2 bilion.
1MDB dalam kenyataan dikeluarkan pada Isnin berkata, pembayaran itu juga dibuat lebih awal dari tarikh pembayaran balik berdasarkan kontrak pinjaman.
Menurut syarikat itu lagi, kemudahan pinjaman diberikan pada Februari 2015 bagi membayar balik hutangnya kepada bank-bank tempatan.
Syarikat itu berkata kemudahan tersebut telah diatur oleh Tanjong.
"Kemudahan itu diatur untuk 1MDB oleh Tanjong, sebagai pilihan kepada komitmen Tanjong untuk melabur ekuiti RM2 bilion dalam anak syarikat 1MDB, Powertek Investment Holdings Sdn Bhd," kata kenyataan itu.
Sementara itu 1MDB turut mengumumkan bahawa ia juga telah melunaskan hutangnya sebanyak AS$150 juta kepada pemberi pinjaman, EXIM Bank lebih awal daripada kontrak pinjaman.
Pembayaran itu menurut 1MDB menyaksikan syarikat itu telah membayar kesemua hutang bank dan hutang jangka pendeknya.
1MDB berkata pembayaran balik itu dibuat melalui anak syarikatnya Timeline Zone Sdn Bhd.
Pinjaman itu diberikan EXIM Bank pada Mac 2015 bagi membiayai keperluan modal dan perbelanjaan berkaitan sektor tenaga yang diusahakannya.
1MDB turut mengekalkan lebihan tunai kira-kira RM2.3 bilion bagi keperluan pembayaran hutang dan infrastruktur lain.
Nurulhana Ismail
Mon Apr 18 2016

Kemudahan ini dimeterai pada Februari 2015 dan hasilnya digunakan untuk membuat bayaran balik hutang RM2 bilion kepada satu sindiket bank tempatan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.
Perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

1MDB: Pendakwaan pertikai soalan tidak relevan oleh pihak pembelaan Najib
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan pasukan pembelaannya dalam mengemukakan soalan yang tidak relevan kepada Tan Sri Esmee Ismail.

SC selesaikan siasatan ke atas Goldman Sachs, terima penyelesaian 1MDB bernilai AS$3.9 bln
Suruhanjaya Sekuriti telah menyelesaikan siasatannya ke atas Goldman Sachs International, Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapore) Pte kerana terlibat dalam asma untuk menipu kerajaan Ma

Bon 1MDB: Goldman Sachs Singapore akan bayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura
Goldman Sachs Singapore Pte (GSSP) akan membayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura atas peranannya dalam penawaran bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

'Kenyataan SPRM tidak benar, tiada persetujuan bebaskan Riza' - Tommy Thomas
Tommy Thomas berkata, tidak ada sebarang persetujuan untuk membebaskan Riza daripada pertuduhan.

Equanimity: Harga penuh pembelian dibayar dalam tempoh ditetapkan
Genting Malaysia Bhd menjadi pemilik baharu kapal layar mewah Equanimity selepas keuntungan jualan lebih RM0.5 bilion telah dikreditkan ke dalam akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tiada agenda politik di sebalik laporan audit 1MDB - Ambrin
Saksi berusia 70 tahun itu berkata beliau hanya khuatir untuk membentangkan dapatan JAN kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Notis kompaun SPRM: Wang diterima ITBM untuk penerbitan buku
ITBM yang juga antara entiti yang dikatakan menerima wang daripada 1MDB menjelaskan bahawa wang yang diterima adalah bayaran bagi khidmat penerbitan dan jualan buku.

Adakah kes 1MDB dihadapi Najib bermula Isnin?
Pada Isnin, perbicaraan 1MDB Najib, yang juga dikenali sebagai perbicaraan Tanore dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

Tawaran pampasan RM1 bilion Goldman Sachs 'tidak memadai' - Dr Mahathir
Kementerian Kewangan akan menentukan jumlah pampasan sewajarnya yang perlu dibayar oleh bank pelaburan itu.

Sejak saya masuk kerja sampai sekarang saya 'uphold' integriti saya - Shukri Abdull
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menekankan kepentingan integriti dalam dirinya antaranya mengotakan janji yang dibuat kepada PM.