KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menerima bayaran penyelesaian berjumlah RM340.92 juta (AS$80 juta) daripada KPMG yang disalurkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset Malaysia, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Dalam kenyataan hari ini MOF berkata penyelesaian tersebut menyusuli pengumuman pada 16 Sept 2021 yang membabitkan persetujuan KPMG untuk menyelesaikan saman sivil yang telah difailkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terhadapnya.
Setakat ini, Akaun Amanah di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima sejumlah RM19.138 bilion berhubung skandal kewangan 1MDB dan dana tersebut telah/akan digunakan untuk menyelesaikan hutang tertunggak 1MDB.
"Sehingga kini, kerajaan telah membayar balik RM13.3 bilion hutang 1MDB.
"Pada 31 Dis, 2021, hutang terkumpul 1MDB yang terdiri daripada prinsipal dan kupon/keuntungan untuk bon dan sukuk adalah berjumlah RM38.81 bilion," kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata baki semasa Akaun Amanah adalah mencukupi untuk membayar jumlah prinsipal bon bagi tahun ini sahaja.
"Apabila semua dana Akaun Amanah telah digunakan, kerajaan akan terus menanggung obligasi untuk membayar baki hutang 1MDB, yang penerbitannya disokong oleh jaminan dan surat sokongan kerajaan," katanya.
Melangkah ke hadapan, kerajaan kekal komited dalam usaha pemulihan aset 1MDB dan akan sentiasa memastikan peruntukan yang mencukupi untuk menyelesaikan hutang 1MDB bagi menguruskan beban kewangan negara yang disebabkan oleh entiti tersebut.
Dalam pada itu, MOF turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara Malaysia, pasukan Polis Diraja Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional di atas usaha mencapai penyelesaian terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022
Kerajaan telah menerima bayaran penyelesaian berjumlah RM340.92 juta (AS$80 juta) daripada KPMG yang disalurkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset Malaysia, kata MOF. - Gambar fail/BERNAMA
Indonesia akan bina tiga loji janakuasa solar tingkat tenaga hijau
Indonesia bakal memulakan pembinaan tiga loji janakuasa solar di Jawa Timur, Jawa Barat, dan Sumatera Barat dengan kapasiti gabungan sebanyak 220 megawatt-peak.
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Arifin Tasrif berkata, ia akan dibangunkan oleh syarikat tenaga tempatan dengan kerjasama pelabur antarabangsa.
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Arifin Tasrif berkata, ia akan dibangunkan oleh syarikat tenaga tempatan dengan kerjasama pelabur antarabangsa.
ASEAN seru Pakistan sokong Visi 2045, kesalinghubungan dan kerjasama Indo-Pasifik
ASEAN menyeru Pakistan supaya menyokong Visi Komuniti ASEAN 2045 yang akan datang serta Pelan Strategiknya, selain memperkukuh kerjasama dalam empat bidang utama yang digariskan dalam Pandangan ASEAN terhadap Indo-Pasifik.
EV Proton: Kilang pemasangan perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan
Kilang pemasangan EV pertama di Malaysia itu telah membuka lebih 3,000 peluang pekerjaan kepada warga Tanjung Malim, sekali gus memperkukuh ekosistem industri automotif negara.
Ekonomi: Tuntutan pengangguran mingguan AS meningkat sedikit
Tuntutan awal untuk faedah pengangguran negeri meningkat 11,000 kepada 219,000 pelarasan musim bagi minggu berakhir 1 Februari.
Panama undur diri daripada inisiatif jalur dan laluan China
Inisiatif yang juga dikenali sebagai Laluan Sutera Baharu itu merangkumi pelbagai projek kerjasama perdagangan dan infrastruktur antara China dengan lebih 150 negara di seluruh dunia.
Nahas helikopter: Bedah siasat mangsa nahas selesai petang ini - Polis
Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi semalam, telah selesai hari ini.
MRCB: Nilai perolehan kontrak tahun ini dijangka naik antara RM4 bilion - RM5 bilion
Hong Leong Investment Bank Bhd berkata langkah ini akan meningkatkan dengan ketara nilai perolehan kontrak luarannya berbanding paras semasa RM4 bilion.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC menjelaskan ia diadakan susulan aduan rakyat mengenai kenaikan harga tidak terkawal dalam sektor hospital swasta, premium insurans dan impaknya kepada sistem kesihatan awam.
SST: Hasil untuk 2024 melebihi jangkaan
MOF juga berkata pengembangan skop SST yang dimuktamadkan dan semakan kadar akan diwartakan melalui perundangan subsidiari pada suku pertama 2025.
Rizab antarabangsa bnm berjumlah US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025
Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025 daripada US$115.5 bilion pada 15 Jan, 2025.
Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.
Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025.