Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan dua lagi syarikat teraju baharu bagi pelaksanaan Program Pembangunan Vendor (PPV) Bumiputera.
Dua syarikat yang terlibat ialah Serba Dinamik Sdn Bhd dan Uzma Engineering Sdn Bhd.
Pemeteraian MoU ini sebagai tanda komitmen pihak syarikat dalam membantu kerajaan membangunkan syarikat vendor Bumiputera selaras dengan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan perdana menteri pada 14 September 2013.
Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dengan termeterai dua lagi MoU ini, bilangan keseluruhan syarikat teraju bertambah kepada 18.
"Di bawah 18 syarikat ini, sebanyak 2,670 syarikat vendor telah didaftarkan dan berpeluang menikmati nilai perolehan sebanyak RM10.9 bilion daripada anchor masing-masing bagi tahun 2015.
"Secara keseluruhannya sehingga Disember 2015, sebanyak 55,066 syarikat vendor telah berdaftar di bawah 18 syarikat anchor yang terdiri daripada syarikat multinasional, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat besar tempatan," katanya selepas menyaksikan penyerahan dokumen MoU di Menara MITI pada Khamis.
Jelasnya, kini lebih banyak peluang perniagaan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dapat ditawarkan kepada syarikat-syarikat vendor Bumiputera.
Melalui penyertaan dalam PPV, syarikat vendor akan diberi bimbingan latihan, teknikal dan khidmat nasihat serta pembangunan penyelidikan melalui Program Pembangunan Kapasiti Vendor Bumiputera dan Geran Penyelidikan dan Pengkomersilan Vendor Bumiputera yang disediakan dalam tempoh RMK-11.
Untuk tujuan tersebut, sebanyak RM61 juta telah diperuntukkan kepada MITI bagi membantu syarikat-syarikat vendor Bumiputera untuk mencapai tahap daya saing yang akan membolehkan mereka bersaing di pasaran terbuka dan seterusnya global.
Sebelum ini, 16 syarikat telah menandatangani MoU ini pada Ogos dan November 2014.
Antaranya Celcom Axiata Berhad, CIMB Bank Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton), Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Telekom Malaysia (TM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), UEM Group Berhad dan UMW Corporation.
Malik Ridhwan
Thu Mar 17 2016
MUSTAPA: Pemeteraian MoU ini sebagai tanda komitmen pihak syarikat dalam membantu kerajaan membangunkan syarikat vendor Bumiputera. -Gambar fail
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
2 lagi syarikat teraju meterai MoU Program Pembangunan Vendor Bumiputera
Pemeteraian MoU ini sebagai tanda komitmen pihak syarikat dalam membantu kerajaan membangunkan syarikat vendor Bumiputera.