Sebanyak 22,581 kes bankrap direkodkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) bagi individu berumur 25 hingga 34 tahun bagi tempoh 2012 hingga September tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata jumlah itu membimbangkan berikutan bagi tempoh yang sama juga, sebanyak 1,157 kes bankrap direkodkan oleh jabatan itu bagi individu berumur bawah 25 tahun.
"Mengikut rekod, bagi tahun 2012 hingga September 2016, kegagalan melunaskan pinjaman sewa beli kenderaan menunjukkan bilangan tertinggi kebankrapan iaitu 26,801 kes diikuti dengan pinjaman peribadi iaitu 22,153 kes dan pinjaman perumahan dengan 18,819 kes.
"Statistik menunjukkan sebanyak 5,320 kes melibatkan penjamin sosial dan 2,910 kes melibatkan penjamin korporat yang ditadbir oleh MdI," katanya pada perasmian Hari Bersama MdI. di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM Datuk Jalil Marzuki. Turut hadir Ketua Pengarah MdI Datuk Abdul Rahman Putra Taha.
Sehubungan itu, Azalina berkata masyarakat perlu diberi pendedahan dan pengetahuan awal mengenai isu kebankrapan sejak peringkat awal lagi, termasuk ketika mereka menuntut di institusi pengajian.
"Oleh itu, saya mengalu-alukan penglibatan agensi swasta dan badan bukan kerajaan yang mahu bekerjasama dengan pihak kerajaan khususnya MdI, bagi mendidik masyarakat berhubung risiko kebankrapan," katanya.
Hari Bersama MdI yang julung kali diadakan seluruh negara itu bertujuan memaklumkan masyarakat mengenai tugas dan peranan MdI di samping meningkatkan lagi hubungan baik dan kerjasama jabatan itu dan pihak berkepentingan.
Pada program sama, MdI turut menyampaikan Sijil Pelepasan Kebankrapan kepada 10 individu bankrap yang layak bagi tempoh Januari 2014 hingga Oktober 2016. - Bernama
Bernama
Thu Nov 17 2016
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata jumlah itu membimbangkan berikutan bagi tempoh yang sama juga, sebanyak 1,157 kes bankrap direkodkan oleh jabatan itu bagi individu berumur bawah 25 tahun. - Gambar fail
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
22,581 individu berumur 25 hingga 34 tahun diisytihar bangkrap
Sebanyak 22,581 kes bankrap direkodkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) bagi individu berumur 25 hingga 34 tahun bagi tempoh 2012 hingga September tahun ini.