KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan senarai kelayakan yang disemak semula bagi 299 dana daripada 18 institusi pengurusan dana (IPD) yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP) dengan 184 dana layak ditawarkan kepada ahli untuk tempoh 2023/2024.
Menurut KWSP dalam kenyataan hari ini, daripada dana yang layak, sebanyak 149 dana atau 81 peratus adalah dana tempatan, dengan 104 dana atau 70 peratus adalah dana ekuiti.
Ketua Pegawai Pelaburannya Rohaya Mohammad Yusof berkata, buat pertama kali tahun ini, KWSP telah memasukkan dana unit amanah berasaskan pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) dalam senarai sebagai antara komitmen untuk menyokong pelaburan mampan serta mengarusperdanakan agenda kemampanan.
Beliau berkata KWSP menjangkakan lebih banyak dana SRI yang memenuhi kriteria penilaian akan disenaraikan pada masa hadapan.
"Sebagai insentif untuk menggalakkan pelaburan ahli ke dalam dana berasaskan SRI, caj jualan dikurangkan untuk transaksi yang dibuat melalui platform dalam talian i-Invest KWSP daripada 0.5 peratus kepada sifar peratus; atau tidak lebih daripada 1.5 peratus untuk transaksi melalui ejen," katanya dalam kenyataan sama.
Kesemua 299 dana yang diluluskan di bawah KWSP SPA ini dinilai setiap tahun berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh KWSP dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Dua kriteria kelayakan untuk penilaian dana termasuk prestasi yang konsisten serta prestasi relatifnya berbanding penanda aras dana.
Ambang kelayakan yang ditetapkan untuk kriteria ini disemak dari semasa ke semasa untuk memastikan hanya dana dengan kualiti tertinggi disenaraikan.
Menurut KWSP, di bawah SPA KWSP, ahli diberi pilihan untuk melabur dengan IPD sehingga 30 peratus daripada lebihan jumlah simpanan dalam Akaun 1 mereka, termasuk melabur dengan syarikat pengurusan dana amanah dan syarikat mandat persendirian, bergantung kepada kelayakan berdasarkan simpanan asas.
Rohaya berkata sejak pelancaran platform i-Invest pada 2019, kira-kira RM2.15 bilion telah diurusniagakan sehingga Disember 2022.
"Kami menggalakkan ahli untuk memanfaatkan i-Invest kerana menyediakan caj jualan pendahuluan lebih rendah berbanding saluran lain, lebih fleksibiliti, fungsi dan memudahkan ahli untuk melabur, berurus niaga dan memantau dana pelaburan dalam IPD," katanya.
Beliau berkata ahli juga boleh mengakses maklumat lanjut berhubung kos pelaburan yang berkenaan dan sejarah prestasi dana.
Ciri penanda aras prestasi dana dalam platform turut membolehkan ahli membandingkan prestasi dana terpilih dengan prestasi penanda aras prestasi dana mereka, katanya.
Sehubungan itu, ahli disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan mendapatkan maklumat yang betul serta nasihat profesional sebelum membuat keputusan atau transaksi.
Mereka boleh merujuk kepada khidmat nasihat ahli KWSP di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara sebelum menyertai SPA KWSP.
Walaupun KWSP telah meluluskan dana-dana ini, ia bukan merupakan cadangan atau pengesahan untuk ahli melabur ke mana-mana dana tertentu.
Untuk senarai penuh dana unit amanah yang ditawarkan di bawah setiap IPD, ahli boleh merujuk kepada laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/member/investment.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023

Ahli boleh merujuk kepada khidmat nasihat ahli KWSP di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara sebelum menyertai SPA KWSP.

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang KWSP (Pindaan) 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.

Caruman wajib pekerja asing juga untuk pertahankan kepentingan pekerja tempatan - PM
Anwar berkata, caruman dua peratus itu adalah kadar yang minimum berbanding amalan di negara lain dan tidak bebankan pekerja asing serta majikan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Dividen kukuh KWSP bukti kepimpinaan Kerajaan MADANI berada di landasan betul - Nga
Dividen kukuh yang diumumkan KWSP menunjukkan bahawa Malaysia di bawah kerajaan MADANI berada di landasan yang betul.

KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia.

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.