KUALA LUMPUR: Pengendali rangkaian 5G kedua atau Entiti B kelak akan menjalankan proses yang sama mengikut tatakelola mereka dalam melantik vendor bagi penyedia perkakasan rangkaian 5G, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.
Sewaktu dalam sesi Kamar Khas di Parlimen pada Isnin, Ahli Parlimen Serdang itu berkata, proses tender terbuka untuk rangkaian kedua tersebut akan dilaksanakan oleh Digital Nasional Berhad (DNB), seperti mana sewaktu dimenangi Ericsson dahulu.
Beliau berkata, Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G yang dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha KKD telah ditubuhkan pada Mei 2023 bagi memastikan peralihan kepada dwirangkaian 5G berjalan dengan lancar.
“Setakat ini, proses peralihan ini berjalan lancar meskipun terdapat beberapa isu yang akhirnya dapat diselesaikan melalui beberapa siri perbincangan yang diadakan bersama semua pihak berkepentingan.
“Akhirnya, matlamat utama yang ingin dicapai oleh kerajaan ialah penyediaan liputan perkhidmatan 5G yang menyeluruh pada harga yang berpatutan, di samping penerimagunaan teknologi 5G yang meluas dalam kalangan pihak perusahaan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika memberi maklum balas kepada ucapan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dengan terbuka menyokong penglibatan Huawei secara terus.
Beliau berkata, tindakan itu menimbulkan pelbagai keraguan mengenai tatakelola kerajaan Perpaduan di dalam pertimbangan dasar 5G negara.
Dalam pada itu Nie Ching berkata, kerajaan kekal dengan pendirian bahawa pemilihan vendor bagi penyediaan perkakasan rangkaian adalah keputusan komersial oleh pihak syarikat penyedia perkhidmatan.
“Selaras dengan dasar pasaran yang terbuka, beliau berkata, kerajaan tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada pihak syarikat penyedia perkhidmatan dalam pemilihan vendor bagi penyediaan perkakasan rangkaian mereka.
"Selain itu, pelaksanaan model dwirangkaian itu adalah selari dengan amalan di negara-negara lain yang menawarkan kepelbagaian rangkaian bukan sahaja untuk rakyat, malah juga untuk sektor perindustrian yang merupakan antara kumpulan sasar penggunaan teknologi 5G.
“Model ini turut mengambil kira kemampanan ekosistem industri telekomunikasi di Malaysia dalam jangka masa panjang. Model dwirangkaian ini akan mewujudkan persaingan antara kedua-dua pihak yang membangunkan dua rangkaian 5G di Malaysia, sekali gus mendorong kepada pembinaan rangkaian mudah alih yang efisien, peningkatan inovasi dan pengoptimuman kos pelaksanaan.
“Perkara ini secara tidak langsung akan memberikan impak positif kepada rakyat sebagai pengguna melalui perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang berpatutan,” katanya lagi.
Nie Ching berkata, kerajaan telah menilai semula dasar 5G negara dan berpandangan bahawa apabila pelaksanaan rangkaian 5G oleh DNB berada pada paras yang baik, iaitu apabila liputan 5G telah mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk.
Beliau berkata kerajaan berpandangan adalah sesuai untuk rangkaian 5G kedua dibangunkan bagi meningkatkan persaingan, sekali gus menamatkan unsur monopoli yang sering dikaitkan dengan DNB.
Firdaus Azil
Mon Nov 06 2023

Proses tender terbuka untuk rangkaian kedua 5G dilaksanakan oleh Digital Nasional Berhad.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi
Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.

DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.

Kementerian Komunikasi kenal pasti 67 kawasan perindustrian akan dilengkapi kemudahan 5G - Fahmi
Kementerian Komunikasi telah mengenal pasti 67 kawasan perindustrian di seluruh negara untuk dilengkapi dengan kemudahan internet 5G.

Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.

Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi
Tumpuan capaian perkhidmatan rangkaian 5G akan turut memberi fokus kepada kawasan yang boleh memberi manfaat maksimum seperti zon perindustrian.

Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A).

U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.

PM Anwar kesal kelewatan pelaksanaan MyDigital ID, rangkaian 5G kedua
Kelewatan pelaksanaan dua inisiatif digital negara iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua menyebabkan Perdana Menteri hilang sabar.

Rangkaian 5G kedua beri impak positif kepada pengguna dan sektor industri di Malaysia
Kewujudan rangkaian 5G kedua, U Mobile Sdn Bhd mampu memberikan impak positif kepada pengguna dan sektor industri.