KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengambil tindakan segera dalam menangani kenaikan mendadak harga bahan binaan bagi mengelakkan impak yang lebih buruk kepada sektor pembinaan dan bangunan serta menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.
Perkara itu disuarakan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini oleh Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM), Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Persatuan Kontraktor Bumiputera Wibawa (GBC Wibawa), Persatuan Kontraktor Malaysia Bersatu (UMCA) dan Persatuan Kontraktor India Malaysia (PKIM).
Menurut kenyataan itu, kenaikan harga itu secara tidak langsung memberi kesan kepada kos menjalankan perniagaan yang meningkat antara 13 hingga 20% dari segi kos pembinaan dan beberapa barangan juga mengalami kenaikan drastik.
Katanya, ia juga termasuk harga keluli ringan, yang meningkat sehingga 41% dan pasir turut meningkat sehingga 20% sejak Oktober 2020.
"Situasi sedemikian meletakkan margin keuntungan syarikat yang sudah mengalami kekurangan (jika ada), di bawah tekanan.
"Berdasarkan pemerhatian, antara faktor utama yang mempengaruhi kenaikan harga ini disebabkan kos bahan mentah yang melonjak, kekurangan tenaga buruh di dalam negara, kenaikan kos logistik, kenaikan harga minyak mentah dan tenaga.
"Kami amat bimbang, jika isu ini tidak diberi perhatian sewajarnya, akan menyebabkan industri terjejas teruk dan memberi kesan kepada sektor dan juga ekonomi negara," tegasnya.
Kenyataan tersebut turut mengesyorkan 4 cadangan yang boleh dilaksanakan kerajaan dalam menangani isu berkenaan.
Kerajaan digesa supaya menjalankan pemantauan berterusan dan penguatkuasaan yang perlu untuk memastikan tiada pencatutan serta anti-persaingan dalam keseluruhan rantaian bekalan industri.
Selain itu, katanya, kerajaan perlu mempercepatkan kemasukan pekerja asing bagi mengurangkan masalah kekurangan pekerja yang dihadapi ketika ini.
"Klausa variasi harga (VOP) dalam kontrak bagi projek kerajaan perlu dilanjutkan sekurang-kurangnya 12 bulan lagi, kerana kami menjangkakan ketidaktentuan harga ini akan berterusan selepas 31 Disember 2021.
"Bagi projek swasta pula, kerajaan perlu menggalakkan pemilik projek untuk memperkenalkan VOP bagi kontrak mereka," jelasnya.
Malah, kenyataan itu juga berharap langkah segera dapat diambil bagi menangani kenaikan kos bahan binaan ini bagi mengelakkan projek mengalami kerugian dan masalah aliran tunai sekiranya dibiarkan berlarutan.
"Pemaju mungkin tidak mempunyai pilihan selain memasukkan kos tambahan ini dalam harga rumah yang lebih tinggi, dan akhirnya membebankan rakyat.
"Bagi kontraktor yang tidak dapat menyerap kos tambahan ini pula mungkin terpaksa menghentikan kerja-kerja mereka," katanya.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Tue Dec 14 2021

Jika dibiarkan, pemaju mungkin akan melepaskan kos tambahan ini dengan menaikkan harga rumah, sekali gus membebankan rakyat. - Gambar hiasan/Freeimages.com

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Harga rumah dijangka naik ekoran peningkatan ketara harga bahan binaan - Henry Butcher Real Estate
Tang berkata, pasaran masih belum berada dalam kedudukan yang kukuh dan pemaju tidak dapat menyalurkan kos kepada pembeli rumah.

KKR pantau isu kenaikan harga bahan binaan - Alexander
KKR sentiasa memantau perkembangan industri pembinaan khususnya melibatkan isu kenaikan harga bahan binaan dan bahan mentah serta kesannya ke atas kontraktor.

Harga bahan binaan terus catat penurunan, MIDF Research positif dengan sektor pembinaan
Walaupun harga bahan binaan masih kekal tinggi, tetapi ia memperlihatkan trend penurunan sejak beberapa bulan lalu.

AmInvestment jangka harga bahan binaan kekal tinggi akibat konflik berterusan Rusia-Ukraine
Harga bar keluli meningkat 11 peratus kepada RM3,450 satu tan pada Mei 2022 berbanding RM3,100 satu tan pada Mei 2021.

MBAM minta kerajaan campur tangan atasi kenaikan mendadak harga bahan binaan
Perbezaan antara harga sebenar yang ditender dan harga semasa sebenar ini perlu diperbetulkan, kata MBAM.

7 kesatuan gesa kerajaan segera tangani isu kenaikan harga bahan binaan
Kenaikan harga itu secara tidak langsung memberi kesan kepada kos menjalankan perniagaan yang meningkat antara 13 hingga 20% dari segi kos pembinaan.